Mahathir Mahu Tiru BN, Bukan Tiru DAP, Apa Sudah Jadi?



Mahathir Mahu Tiru BN, Bukan Tiru DAP, Apa Sudah Jadi?'

Sebagai pemimpin parti, biasanya mereka akan merencanakan strategi tersendiri untuk menang pada pilihan raya. 

Bukannya cara meniru bulat-bulat gaya parti lain lebih-lebih lagi parti yang dulu disertainya tetapi kini dibenci, sebenci bencinya.

Itulah gaya Mahathir yang mahu Pakatan Harapan pembangkang, DAP, PKR dan PAN meniru gaya Barisan Nasional (BN) jika mahu menang pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Katanya, pakatan pembangkang mesti mengikut cara BN jika mahu menang kerana BN ada kekuatan sebagai satu gabungan, tidak ada perpecahan dalam parti komponen walaupun ada ketika terdapat perbezaan pendapat.

Menurutnya, kaedah itu digunakan sejak penubuhan parti Perikatan lagi sehingga berjaya membentuk kerajaan.

"Kalau mereka (BN) cantum diri mereka dalam satu gabungan dan bertindak bersama dengan satu matlamat, barulah boleh mencapai kejayaan. Inilah rahsia parti Perikatan dan kemudian BN. 

"Rahsianya, mereka mempunyai 13 buah parti tetapi mereka tidak ada perpecahan di kalangan mereka dalam satu usaha untuk memenangi pilihan raya. Mungkin ada perbezaan pendapat antara MCA dengan (Yayasan) NAAM, MIC dengan PPP atau lain-lain, tetapi semua itu diketepikan," katanya.

Adakah Mahathir berasakan bahawa parti pembangkang tidak tahu akan perkara itu? Jelas sekali pembangkang sudah arif berkenaan perkara itu tetapi mereka enggan bersatu sebagai satu gabungan kerana mereka mahu membawa haluan sendiri. 

Berpakat hanya sekadar untuk menang sahaja. Lepas menang masing masing ada agenda masing masing.

DAP sudah tentu jadi parti teras dalam Pakatan Harapan. Parti terbesar itu tidak hanya berpuas hati dengan jawatan TPM, sebab itu Kit Siang pernah kata apa salahnya kalau bercita cita menjadi PM.

Mahathir pula ada cita citanya sendiri iaitu inginkan anaknya menjadi PM. Jangan dilupakan Anwar. Kalau Anwar keluar, Anwar juga mahu jadi PM.

Kelam kabut jadinya Pakatan Harapan ini. Sebab itulah mereka tidak mahu buat satu pakatan yang jelas secara perlembagaan dan logo. 

Supaya senang bercerai dan berpisah bila mahu melaksanakan agenda peribadi masing masing.

Hancur negara kalau jadi begitu. Janji entah ke mana, yang penting bagi mereka hanyalah merampas kuasa.

Jika ada wakil mereka yang menang lebih banyak kerusi, mereka boleh berkuasa dengan menjadi Menteri Besar, Ketua Menteri mahupun Perdana Menteri.

Mahathir tahu semua ini tetapi apa boleh buat, demi cita cita peribadi dan kepentingan kroni, Mahathir sanggup buat apa sahaja.

Mahathir menuduh ahli BN dan UMNO sudah tidak mempercayai pemimpin serta gabungan itu bergolak menentang Najib.

Kontradiksnya dalam kenyataan itu Mahathir menyatakan tiada perpecahan dalam BN dan ikatan sesama parti komponen adalah amat kuat.

Maknanya Mahathir tahu BN masih kuat dan bertambah kuat untuk hadapi PRU14. Oleh kerana itulah Mahathir langsung tidak berani turun ganggu masa PRK Tanjung Datu, sebab tahu BN akan menang.

Kenapa Mahathir tidak mahu tiru cara DAP? Apakah Mahathir tidak mahu iktiraf Kit Siang sebagai pemimpin parti politik paling lama di dunia? Sejak 1966 sampai sekarang, sudah tentu strategi DAP lebih baik. 

Kit Siang berjaya kekal selama 51 tahun. Anaknya berjaya jadi Ketua Menteri dua penggal. Pencapaian Kit Siang itu jauh lebih baik dari Mahathir. Mengapa Mahathir tidak mahu tiru?

Meniru cara BN adalah satu strategi yang amat memalukan sama sekali. Pakatan pembangkang tidak akan boleh menjadi satu pakatan pun. 

Hendak bermesyuarat satu meja pun mereka gagal apatah lagi hendak buat satu logo dan perlembagaan. 

Calon Perdana Menteri pun sampai "pecah kepala" mereka fikir nama yang sesuai. 

Tidak ada satu nama lagi untuk siapa calon PM Pakatan Harapan. Itu dah jadi bukti mereka tidak berpakat pun sebenarnya.

Tulisan : 
Beruang Biru
BB330, Khamis
16 Mac 2017

Melaka United digesa tingkat kualiti


PASUKAN Melaka United digesa mempertingkatkan kualiti permainan dengan beraksi lebih cemerlang lagi pada perlawanan seterusnya agar dapat terus memperbaiki kedudukan dalam Liga Super musim ini.

Presiden Melaka United yang juga Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron berkata barisan pemain terutama di posisi pertahanan dilihat kurang memainkan peranan mereka walaupun pada dasarnya mereka dilihat telah bermain dengan baik.

"Ada pemain terutama di bahagian pertahanan kita lihat telah menunjukkan kerajinan mereka di dalam padang dan bermain dengan baik tetapi mereka sebenarnya lupa peranan mereka sebagai pemain pertahanan," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di sini, hari ini.

Sikap mereka itu menyebabkan pihak lawan dapat membolosi pertahanan dengan mudah dan menyebabkan Melaka United gagal memperoleh mata seperti yang diharapkan, kata beliau.

Melaka United kini berada di tangga ketujuh dengan tujuh mata yang diperoleh dalam enam perlawanan yang dihadapi setakat ini.

Mengulas lanjut, Idris yang turut melahirkan rasa kecewa dengan pencapaian Melaka United setakat ini berkata jadual padat dan masa waktu rehat yang pendek bukan alasan untuk Skuad Sang Kancil itu tidak mempamerkan aksi cemerlang mereka.

Beliau berkata Ketua Jurulatih Melaka United Eric Williams seharusnya lebih bijak mengatur permainan dengan menurunkan pemain yang mampu beraksi dengan baik dalam setiap perlawanan yang dihadapi dan merehatkan pemain yang keletihan.

"Saya meletakkan ini pada kebolehan jurulatih dan pemain itu sendiri. Jurulatih mesti mengenal pasti pemain yang boleh dan tidak boleh beraksi dalam sesuatu perlawanan," katanya. - Bernama

Idris beri bayangan 'cerita baik' ADUN PAS



AYER KEROH: Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron membayangkan ada 'cerita baik' membabitkan seorang lagi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang di negeri ini. 

Katanya, keadaan itu sebagai susulan tindakan tiga ADUN dan seorang Ahli Parlimen dari DAP yang keluar parti bulan lalu, selepas hilang kepercayaan terhadap pucuk kepemimpinan parti terbabit. 

"Setakat ini, tiga ADUN serta seorang Ahli Parlimen yang keluar DAP itu tidak ada menghubungi saya, namun kita tunggu pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka yang akan bermula Selasa depan. 

"Pada Sidang DUN itu nanti, kita akan dapat cerita yang lebih hangat, termasuk 'cerita baik' daripada satu lagi wakil pembangkang iaitu ADUN PAS. Sama-sama kita tunggu," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat EXCO kerajaan negeri di Seri Negeri di sini, hari ini. 

ADUN Bukit Baru, Dr Md Khalid Kasim adalah satu-satunya wakil PAS dalam DUN Melaka. 

Pada 12 Februari lalu, empat pemimpin DAP Melaka, iaitu Ahli Parlimen Kota Melaka, Sim Tong Him; ADUN Bachang, Lim Jak Wong; ADUN Kesidang, Chin Choon Seong dan ADUN Duyong, Goh Leong San, mengumumkan keluar parti. 

Langkah itu susulan krisis dalaman yang membelenggu parti, selain kecewa dengan kepemimpinan Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam mentadbir parti berkenaan. 

Sidang DUN Melaka akan berlangsung selama empat hari di Seri Negeri bermula 7 hingga 10 Mac ini dan akan dirasmikan Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Khalil Yaakob.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/254673

Saja je nak ingatkan.... mereka nie memang kaki pitenah!!


Artikel fitnah: FELDA menang saman terhadap Wan Azizah

KUALA LUMPUR: Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) dan anak syarikatnya, FELDA Global Ventures Holdings Sdn Bhd, hari ini memenangi saman terhadap Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan dua yang lain berhubung penerbitan dua artikel fitnah dalam akhbar PKR, Suara Keadilan. 

Ini berikutan pengakuan liabiliti bagi kedua-dua artikel fitnah oleh defendan, iaitu Dr Wan Azizah, Senator Dr Syed Husin Ali, yang ketika itu Naib Presiden PKR, dan penulis artikel itu, Rusnizam Mahat. 

Artikel itu masing-masing bertajuk 'Felda Bankrap' yang diterbitkan pada 22 Jun 2010, dan 'Kontroversi' serta 'Bina Bangunan RM662 juta Hanya Libatkan Tiga Individu' yang diterbitkan bagi edisi 29 Jun 2010. 


Dalam keputusannya, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Wira Kamaludin Md Said, berkata mahkamah terikat dengan keputusan Mahkamah Rayuan bahawa FELDA, sebagai sebuah badan berkanun, mempunyai hak untuk memulakan prosiding undang-undang. 

Beliau berkata, hanya Parlimen dan bukan mahkamah, boleh mengambil hak daripada FELDA untuk menyaman, seperti yang diperuntukkan mengikut Seksyen 15 (1) Akta Kemajuan Tanah 1956. 

Kamaludin membuat keputusan itu selepas menolak isu awal yang dibangkitkan oleh defendan bahawa FELDA, sebagai pertubuhan yang didaftarkan menurut Akta Kemajuan Tanah, tidak mempunyai locus standi untuk memfailkan saman itu. 

Beliau berkata, FELDA berhak untuk memasukkan pertimbangan berkaitan liabiliti dan memerintahkan kuantum ganti rugi yang akan dinilai oleh Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi. 

Pada 16 Ogos, 2010, FELDA dan FELDA Global Ventures Holdings Sdn Bhd memfailkan saman RM200 juta terhadap ketiga-tiga defendan dengan mendakwa artikel itu menjejaskan imej mereka. 

Plaintif berhujah bahawa defendan dengan sengaja telah menerbitkan artikel untuk menjejaskan kepercayaan dan keyakinan peneroka FELDA terhadap agensi itu. 

FELDA juga memohon injunksi untuk menghalang defendan daripada terus menerbitkan perkataan seperti itu dalam media cetak atau internet. 

Agensi itu juga menuntut permohonan maaf secara bertulis daripada defendan yang akan diterbitkan dalam akhbar dan majalah yang akan dikenal pasti oleh plaintif dan kos lain serta relif yang dianggap wajar oleh mahkamah. 

Pada 30 September, bekas editor Suara Keadilan, Dzulkarnain Taib yang juga seorang daripada defendan, memohon maaf kepada FELDA dan anak syarikatnya berhubung penerbitan dua artikel itu. 

Beliau menyatakan bahawa artikel itu adalah palsu dan diterbitkan oleh Suara Keadilan dengan tujuan untuk memperkecilkan pihak plaintif dan menjejaskan reputasi mereka.

- BERNAMA

Jadi tidak hairanlah kebanyakan pemimpin mereka ini selalu sahaja "kantoi" sebab mereka sendiri tiada intergriti dalam perjuangan. Mereka hanya mementingkan kuasa dan hanya ingin memperbodohkan rakyat. Sudah terbukti juga ramai pemimpin mereka ini telah pon dan sering sahaja KANTOI dengan segala tindak-tanduk mereka seperti pemimpin mereka ini..........


Kepada semua rakyat Malaysia... adakah ini pemimpin yang kita mahukan??

- Laksamanajebat -

Kenyataan Media YB Dato' Razali Bin Ibrahim - Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri




KENYATAAN MEDIA

YBHG DATO’ RAZALI IBRAHIM,
TIMBALAN MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI
BERKAITAN FELDA INVESTMENT CORPORATION SDN BHD


Putrajaya, 19 Januari 2017 Sukacita dimaklumkan bahawa saya bersetuju dengan kenyataan Pengerusi FELDA yang telah memberi penekanan kepada penstrukturan semula Felda Investment Corporation Sdn Bhd (FIC) dalam usaha membawa Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) untuk terus berkembang maju.



Saya percaya bahawa penstrukturan ini adalah selaras dengan hasrat YAB Perdana Menteri dan juga aspirasi Kerajaan untuk menjadikan agensi Kerajaan dan Badan Berkanun sentiasa menjunjung tinggi terhadap urus tadbir yang baik dan budaya kerja yang berintegriti.

FIC merupakan badan yang bertanggungjawab mengendalikan pelbagai perusahaan pelaburan Kumpulan FELDA sudah tentu perlu diberi penambahbaikan dan dimantapkan bagi memastikan segala pelaburannya dapat membawa keuntungan kepada FELDA. Justeru, pembentukan barisan kepimpinan FIC ini akan menjadi perkara utama dan elemen paling kritikal untuk dilaksanakan serta diselaraskan bersesuaian dengan penyusunan semula badan pelaburan itu.

Pengerusi FELDA perlu diberi kebebasan untuk membentuk pasukan baru ini dan perlu mendapat sokongan semua pihak. Peletakan jawatan dalam kalangan Ahli Lembaga Pengarah FIC seperti diminta oleh Pengerusi FELDA akan memastikan ketelusan dalam proses ini sekaligus melancarkan lagi penstrukturan semula FIC.

Besar harapan saya agar penstrukturan semula yang dirancang ini akan dapat direalisasikan dengan jayanya dan sekaligus dapat memberi manfaat sepenuhnya kepada warga peneroka iaitu stakeholder terpenting FELDA dan mengembalikan semula FELDA ke zaman kegemilangannya seperti suatu masa dahulu.



  
Disediakan oleh:

UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
JABATAN PERDANA MENTERI


19 Januari 2017

Tahniah YB Datuk Mas Ermieyati... Cara Santuni Golongan Belia Yang Betul!!

Assalamulaikum  WBT Dan Salam Sejahtera...

Jebat tertarik cara Yb Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia ini menyantuni golongan muda. Petikan ini jebat ambil dari posting YB Datuk di dalam laman Facebook beliau...
"Pagi tadi saya bertemu Farihan Baharudin dan sahabat-sahabat mereka dari Super8ipoh. Mereka merupakan anak jati Perak yang dikecam kerana kisah mereka memanjat papan tanda "IPOH" viral tidak lama dulu. Saya teringin berjumpa Farihan dan kawan-kawannya kerana saya dimaklumkan bahawa kami pernah bersama di dalam Program Start In Tioman sewaktu mereka ingin mengambil lesen menyelam anjuran Pejabat Kementerian Perlancongan dan Kebudayaan Pahang, Malaysia . Pagi tadi juga Mereka berdaftar untuk bersama dengan saya program menyelam dan membersihkan pantai Di Bidong Terengganu nanti 😊 anjuran Scubatech cc Mastura Manap

Apapun Sempat saya berPesan kepada mereka, agar menjadikan kes "panjat " ini sebagai pengajaran. Tak salah kalau ada bakat, asal guna pakai bakat dan minat ke saluran yang betul. Apa pun, saya sentiasa membuka ruang dan peluang untuk anak-anak muda ini dan juga di luar sana untuk turut sama mana-mana sukan Ekstrim yang turut sama boleh melibatkan diri atau mempromosikan Pelancongan Malaysia dengan cara yang betul..




Teruskan usaha mendekati golongan muda YB Datuk!! Tahniah!!

Tahniah!! Arab Saudi tambah kuota haji 20 peratus


Tumpat: Kerajaan Arab Saudi menambah bilangan kuota asal jemaah haji Malaysia sebanyak 20 peratus atau 27,800 orang tahun ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, sebelum ini kuota jemaah haji negara ini seramai 22,320 orang.
Katanya, kuota sebanyak 20 peratus itu dikurangkan sejak lima tahun yang lalu dan kembali kepada asal yang berkuatkuasa tahun ini.
"Kerajaan Malaysia memohon kuota untuk 30,000 jemaah haji, tetapi Arab Saudi memberikan kuota asal kepada kita.
"Kita bersyukur dan berterima kasih kepada Arab Saudi yang menambah kembali kuota jemaah haji negara kita untuk tahun ini," katanya ketika ditemui di Majlis Penyampaian Sumbangan Kepada Masjid dan Surau Terbabit Banjir di Tumpat, hari ini.
Akhbar sebelum ini melaporkan, Arab Saudi menurunkan kuota sebanyak 20 peratus bagi semua negara atas faktor kerja pembesaran Masjidil Haram dan kuota Malaysia dikurangkan kepada 22,320 jemaah sejak 2013 hingga 2016.

Sumber : HARIAN METRO

Ratusan Ribu Rakyat Turun Bersih 5 Kata Rafiq!! DS Najib Razak MASIH Perdana Menteri!!

Alhamdulillah... sejak bangun tidur jam 5.30 pagi tadi hingga sekarang, masih belum ada apa-apa berita tentang perletakan jawatan YAB Dato' Sri Najib Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia. Walaupun Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Bunga Incik Rafiq Naizamohideen mengumumkan yang "RATUSAN RIBU" rakyat turun berhimpun tapi hakikatnya tetap sama.. skrip yang diulangi sejak dari Bershit 1 hinggalah 5... Allah SWT masih memberikan ruang untuk DS Najib dan UMNO Barisan Nasional untuk terus menerajui kerajaan. Satu hakikat yang paling pahit untuk ditelan oleh puak-puak pembangkang ini.


Jebat tertarik dengan kenyataan Rafiq nie... tidak dinafikan lautan kuning membanjiri KLCC semalam tapi mungkin kerana semua berbaju kuning membuatkan Rafiq tak mampu untuk mengira.. ataupun mungkin semalam kerana terlalu gembira kerana telah lama mengidamkan untuk menyertai bersih buat beliau lupa macam mana nak kira.



Jebat bukan suka-suka nak kata macam tu... Laman Rasmi FB Parti Bunga pun kata puluhan ribu.


Keadilan Daily pun tulis 50,000 ribu...


Malaysiakini pulak kata 40,000... so mana satu yang betul agaknya... Cuma Ambiga sahaja kata 100,000 yang hadir. 

Sudah terang lagi bersuluh yang kita tak boleh percayakan budak Rafiq nie... kalau macam nie la yang dikatakan calon bakal Ketua Menteri Melaka agak-agak macam mana dia nak mentadbir kerajaan negeri nanti?? Alahai...

Jebat mengajak semua untuk menilai... kalau sekarang dia sudah berperangai begini bayangkanlah kalau dia menjadi pemimpin di masa akan datang.

Untuk Rafiq selamat maju jaya dengan parti baru, jebat doakan yang terbaik. Tapi berjuanglah dengan jujur, Allah SWT nampak apa yang kita buat!!

#UMNODuluKiniSelamanya

Jom Bersama Memeriahkan Festival Wanita Muda!! - YB Datuk Hjh. Mas Ermieyati Samsudin, Ketua Puteri UMNO Malaysia


"Festival Wanita Muda is a platform for women from all walks of life to enrich themselves with positive vibes, to build network among other inspiring women and ultimately, to be empowered".


To all young women out there, come and join us this upcoming Saturday (24 September 2016) at Dewan Tun Razak 1, PWTC. 






Be Empowered. Get connected.

Please follow us for more updates. 
Facebook : Festival Wanita Muda
Twitter : @festwm
Instagram : @festivalwanitamuda


Jom Makan-Makan Di Melaka - Roti John Tarik MaeLambong WAJIB RASA!!

Assalamualaikum WBT, Salam Sejahtera, Salam Melaka Maju Fasa II.

Lama rasanya jebat tak upload pasal makan-makan nie... nak jadi cerita minggu lepas bawa isteri dan anak-anak keluar makan di depan Bangunan UMNO Melaka, Jalan Hang Tuah. Dapat tau pasal stall Roti John Tarik di situ melalui rakan-rakan FB.


Oleh kerana memang teringin nak makan Roti John so pakat-pakatlah dengan isteri dan anak-anak untuk try Roti John Tarik MaeLambong nie... Di sini bukan sahaja ada Roti John tapi ada jual menu Burger dengan pelbagai variant!! 




Kami sekeluarga memilih Roti John Tarik Daging dan Roti John Tarik Ayam... Alhamdulillah, rasanya terbaekk!! Wife & Anak-anak sangat suka!! Cukup rasa dan tak kedekut sos!! Memang Marvelous!! Harganya juga berpatutan!! Siap tambah 1 lagi Roti John Daging sebab kami sekeluarga memang menggemari daging.









Kepada mereka yang diluar tu meh la datang merasai sendiri rasa Roti John Tarik MaeLambong nie dan menu yang lain... Saya kompom takkan mengecewakan!!

Boleh Like FB Roti John Tarik MaeLambong dan Whatsup Tokey dia di add seperti yang tertera!!

Rasa Jangan Tak Rasa!!


Serangan ke atas Najib tidak akan berhenti - Idris Haron


MELAKA - Serangan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak akan berhenti, sebaliknya akan ada pelbagai kaedah lain digunakan pihak yang mahu menjatuhkannya.

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Idris Haron berkata, golongan tersebut akan menggunakan apa juga cara untuk memastikan Najib berundur sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno.

Bagaimanapun katanya, usaha pihak terbabit masih belum berhasil, malah sebenarnya menjerat diri mereka sendiri apabila dari semasa ke semasa, rakyat mula jelik dan muak dengan pelbagai tohmahan.

"Saya percaya pelbagai bentuk dan kaedah akan digunakan terutama menggunakan demonstrasi jalanan.
"Mereka mungkin mempelajari daripada beberapa negara jiran yang telah melakukan perubahan pucuk kepimpinan politik menerusi cara ini.

"Tapi perlu diingat, negara kita ada undang-undang dan Perlembagaan. Kita memilih pemimpin secara sah menerusi pilihan raya yang lebih telus dan terbuka," katanya.

Menurutnya, kumpulan terbabit juga sengaja melakukan provokasi menjadikan musim mesyuarat perwakilan Umno untuk mendapatkan perhatian termasuk mengadakan demonstrasi jalanan seperti berlaku pada perhimpunan di Kuala Lumpur, Sabtu lalu.

Ini kerana, katanya, mereka berharapkan agar isu Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat dan Malaysian Offical 1 (MO1) akan dibangkitkan dalam mesyuarat perwakilan bahagian seluruh negara.

"Gesaan terhadap DOJ dibuat betul-betul dua hari sebelum bermula kempen mesyuarat perwakilan. Mereka harapkan perwakilan menyokong kenyataan DOJ. Tapi, nampaknya matlamat mereka tak kesampaian apabila tiada sambutan daripada Umno bahagian yang bermesyuarat.

"Sebaliknya, perwakilan menghentam balik DOJ dengan menyatakan banyak lagi sepatutnya dibangkitkan seperti isu serangan sehala ke atas Iraq. Begitu juga isu Guantanamo Bay, pencerobohan Amerika terhadap negara Timur Tengah dan Asia Barat.

"Itu lebih keutamaan untuk disiasat daripada 1MDB. Mengapa pula tiba-tiba isu 1MDB menjadi perhatian DOJ?," katanya.

Idris yang juga Ketua Menteri Melaka berkata, setakat ini tidak ada tanda-tanda Najib akan menyerah kalah, sebaliknya terus melakukan tugasnya untuk negara serta mengukuhkan parti.

"Berapa kali cubaan (usaha menjatuhkan Najib), sekali melalui perhimpunan agung, gagal. Himpunan jalanan, juga gagal. Menerusi undi tak percaya di Parlimen, tak lepas. Usul-usul di peringkat Dewan Rakyat dan guna NGO juga tak lepas.

"Jadi, mereka guna kuasa asing pula, minta bantuan DOJ. Nampak sangat dia menggunakan cara itu untuk cuba sedaya upaya menjatuhkan perdana menteri kita. Seperti orang katakan, mereka ini 'tak menggigit'," katanya.

Ketika ditanya peluang BN menang PRU akan datang berikutan isu yang dilemparkan terhadap Najib, Idris berkata, melihat kepada kemenangan Pilihan Raya Negeri di Sarawak, tidak mustahil BN akan menang lebih besar kali ini.

"Rakyat tahu buat pilihan. Kalau pilihan raya Sarawak itu dijadikan pungutan suara walaupun semua tuduhan dan cerita buruk tentang pemimpin negara, rakyat Sarawak masih memilih BN sebagai parti pemerintah," katanya.

Puteri UMNO Kota Melaka Kemuka Usul Keahlian Automatik dan Menaikkan Had Umur Keahlian Puteri


Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Kota Melaka yang bersidang semalam telah sebulat suara untuk untuk membawa usul "Menaikkan Had Usia Keahlian Puteri UMNO dari 35 Tahun ke 40 Tahun" serta Ahli Puteri Yang Berusia 18 - 35 Tahun Dijadikan Ahli Puteri UMNO Secara Automatik".



Ketuanya Haryaty Hamdzah menjelaskan yang sasaran Puteri UMNO Malaysia untuk mendapat keahlian seramai 500,000 orang ahli dan keahlian Puteri UMNO yang ada sekarang adalah seramai 380,000 orang ahli. Jumlah ini boleh dicapai dengan kerja keras semua ahli dari peringkat atas hinggalah ke peringkat akar umbi dan yang lebih penting beliau mengharapkan agar usul ini boleh didengari dan diterima diperingkat tertinggi Parti UMNO.

Beliau turut menyatakan yang Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Kota Melaka mengambil pendekatan untuk menyokong Pindaan Rang Undang-Undang Akta 355. Pindaan ini berkaitan had jumlah hukuman yg boleh di jatuhkan di Mahkamah Syariah Negeri yang telah begitu lama tidak dipertingkatkan. kali terakhir akta ini dipinda adalah pada tahun 1984 iaitu 32 tahun yang lalu. "Akta ini perlu diperkasakan untuk sekurang-kurangnya memberi pembelaan kepada golongan Wanita Muda", ujar beliau.



Ianya juga merupakan satu mesej yang ingin disampaikan kepada Ahli-Ahli Parlimen Barisan Nasional dan juga mana-mana Ahli Parlimen yang beragama Islam agar dapat menyokong pndaan akta ini kerana ianya baik untuk rakyat. Haryaty yang juga merupakan Ketua Penerangan Pergerakan Puteri UMNO Malaysia turut menyatakan yang rakyat Malaysia yang bukan beragama Islam tidak perlu takut dengan pindaan akta ini kerana ianya tidak melibatkan mereka yang bukan beragama Islam.

Melaka United Hanya Selangkah Untuk Menjuarai Liga Perdana dan Ke Liga Super Tahun Hadapan!!



Melaka United berada di kedudukan selesa untuk menjuarai Liga Perdana 2016, sekali gus menempah slot ke Liga Super musim depan.

Selepas mengharungi 19 perlawanan, skuad Hang Tuah mengumpul 48 mata untuk berada di kedudukan teratas liga, diikuti Johor Darul Ta’zim II (JDT II) dan PKNS FC, masing-masing di tempat kedua dan ketiga dengan 40 dan 39 mata.

Ini berikutan kemenangan 1-0 ke atas pasukan Negeri Sembilan pada perlawanan Liga Perdana yang berlansung di Stadium Paroi, Seremban pada 23 Ogos yang lalu. Pasukan itu, yang kini mendahului carta Liga Perdana, memerlukan hanya satu lagi kemenangan daripada baki tiga perlawanan terakhir iaitu menentang Johor Darul Ta’zim II (JDT II), PKNS dan Sime Darby untuk mengesahkan gelaran juara liga menjadi milik mereka, sekali gus beraksi dalam Liga Super musim depan.




#HidupMatiMelaka
#BiancoVerdeAle
#GoGoMelakaGo
#MelakaSampaiMati

Jangan buat spekulasi tentang gejala rasuah di Melaka - Ketua Menteri



MELAKA
: Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron meminta  orang ramai terutama penduduk Melaka agar tidak membuat sebarang spekulasi tentang gejala rasuah di negeri ini.




Beliau berkata, mereka sebaliknya hendaklah menyokong usaha kerajaan negeri dalam membendung gejala tersebut.



Sehubungan itu, katanya, semua pihak diminta memberi kerjasama kepada pihak berkuasa terutama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam melakukan siasatan terhadap gejala rasuah dan seterusnya memastikan kerajaan negeri dapat memberikan perkhidmatan berintegriti kepada rakyat.



"Jika sahih ada berlaku pengamalan rasuah saya tidak akan mengizinkan pegawai seperti ini ditempatkan di Melaka.



"Kerajaan negeri serius menangani isu rasuah di negeri ini kerana kita mahukan kerajaan yang berintegriti dan bermaruah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Perhimpunan Bulanan Kerajaan Negeri Melaka dianjurkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka di sini hari ini.



Idris mengulas penahanan seorang pegawai kanan kerajaan yang bertugas di negeri ini bergelar 'Datuk' 15 Ogos lepas bagi membantu siasatan kes rasuah.



Beliau berkata kerajaan negeri juga sentiasa mengadakan program kerjasama dengan SPRM bagi membendung gejala rasuah di negeri ini.


Sementara itu, Pengarah JPJ Melaka Mohd Fadhil Hassan yang hadir di majlis itu berkata sebanyak 146 kenderaan klon telah disita antara Januari dan Julai tahun ini dan 31,459 saman atas pelbagai kesalahan dikeluarkan di negeri ini dalam tempoh sama.

- Astro AWANI

Mesyuarat Perwakilan Bahagian UMNO Di Melaka Bermula Sabtu Ini


MELAKA, 10 Ogos (Bernama) -- Mesyuarat perwakilan enam bahagian UMNO di negeri ini dijadual bermula pada Sabtu ini sehingga 4 Sept, kata Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Melaka Datuk Ab Rahaman Ab Karim hari ini.


Beliau berkata UMNO Bahagian Tangga Batu diketuai Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron merupakan bahagian pertama bermesyuarat bermula 10 pagi Sabtu ini manakala UMNO Bahagian Alor Gajah diketuai Datuk Abdul Ghafaar Atan mengadakan mesyuarat pada pukul 2 petang hari sama.

Katanya pada 21 Ogos, UMNO Bahagian Masjid Tanah diketuai Datuk Ab Rauf Yusoh yang juga Setiausaha Kerja UMNO bermesyuarat pada 8 pagi dan UMNO Bahagian Bukit Katil diketuai Tan Sri Mohd Ali Rustam bermesyuarat pada pukul 2 petang, 28 Ogos.

UMNO Bahagian Kota Melaka diketuai Datuk Abdul Latiff Tamby Chik bermesyuarat pukul 2.30 petang, 3 Sept manakala UMNO Bahagian Jasin diketuai Datuk Ahmad Hamzah bermesyuarat pada pukul 2 petang 4 Sept depan, katanya kepada Bernama di sini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga presiden UMNO dijadual merasmikan mesyuarat UMNO Bahagian Tangga Batu, manakala Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi juga naib presiden parti dijadual merasmikan mesyuarat UMNO Bahagian Jasin.

Selain itu Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein juga Menteri Pertahanan dijadual merasmikan mesyuarat UMNO Bahagian Bukit Katil dan Bendahari UMNO Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak juga Menteri Komunikasi dan Multimedia dijangka merasmikan mesyuarat UMNO Bahagian Kota Melaka.

Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Mahdzir Khalid juga Menteri Pendidikan pula dijangka merasmikan mesyuarat UMNO Bahagian Alor Gajah dan mesyuarat UMNO Bahagian Masjid Tanah dijadual dirasmikan seorang lagi Anggota Majlis Tertinggi UMNO iaitu Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz juga Menteri Menteri Pelancongan dan Kebudayaan.

Ab Rahaman berkata semua tarikh mesyuarat dan mereka yang dijadual merasmikan mesyuarat perwakilan itu adalah tertakluk kepada perubahan bergantung kepada keadaan semasa.

Mesyuarat perwakilan di 191 bahagian UMNO seluruh negara perlu berlangsung antara 1 Ogos lepas dan 15 Sept ini.

-- BERNAMA