Salih Yaakob Kecewa.... Penyokong Pakar Rusuhan Ketawa...

Assalamualaikum & Salam Sejahtera..... 
Jebat agak terkejut bila baca berita pagi tadi yang mengatakan pelakon, pelawak, pengacara & deejay radio terkenal Salih Yaakob akan bersara dari dunia hiburan dan menyerahkan kepada pihak pengurusan Sinar FM tentang kerjayanya sebagai penyampai radio Sila Baca Disini
Ini mungkin berikutan tekanan yang beliau terima daripada penyokong-penyokong "Pakar Rusuhan" yang tidak puas hati tentang lakonan beliau bersama aktor Nabil Ahmad dalam satu video klip pendek yang memaparkan tentang "janji KOSONG" calon pilihanraya yang menipu rakyat... Video tersebut boleh ditonton disini:
Kalau artis yang menyokong mereka akan disanjung dan dipuja.... Pada jebat mereka ini telah hilang akal dan kewarasan kerana telah terbukti apa yang telah dijanjikan oleh "Pakar Rusuhan" ini pada PRU yang lepas tidak tertunai lagi hingga dituntut oleh rakyat sampai ke mahkamah. Lepas itu dengan bangganya mereka berkata "Manifesto Bukan Janji!!" 
Jebat harap para pembaca dapat menilai sendiri cara mereka-mereka yang hilang akal ini. Pada Abg Salih Yaakob harap bersabar..... Perjuangan memang begini bro.... tiada yang mudah... Semoga Allah memberkati perjuangan kita.....

*Jebat* - Kalau ikut kata Hadi Awang "video tu besi" so kepada penyokong "Pakar Rusuhan" kenapa takut sampai nak letak pasir dalam periuk nasi orang lain?? Kes video pemimpin agung korang tak settel lagi kan...??? 

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »