Mereka Semakin KURANG AJAR!!!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.......

Umum mengetahui yang baru-baru ini yang pengurusan salah sebuah gedung membeli belah terkenal di Melaka telah menyinggung perasaan umat Islam khususnya di Negeri Melaka ini dengan meletakkan pelekat gambar selamat menyambut hari raya aidilfitri yang mengandungi gambar masjid di lantai dalam premis gedung tersebut.


Tindakan pengurusan gedung tersebut yang tidak ditahui apa tujuan sebenarnya telah membangkitkan kemarahan semua umat islam di negara kita dan pelbagai pihak telah menyelar perbuatan bodoh ini. Atas desakan pelbagai pihak, pelekat tersebut telah pun ditanggalkan dan hasil pemantau jebat semalam memang pelekat tersebut telah tiada. Sekalung tahniah jebat ucapkan kepada semua umat islam yang prihatin dan sama-sama "highlight" isu ini sehingga berjaya mendesak mereka agar menanggalkan pelekat tersebut. Inilah hasilnya jikalau umat islam bersatu tanpa mengira fahaman politik. Tapi sayangnya setakat hari ini, jebat dapati hanya umat islam yang pro kerajaan sahaja yang bersungguh-sungguh sedangkan umat islam dikalangan parti pembangkang duduk diam membisu seribu bahasa!!

Pada jebat mereka ini sudah semakin "KURANG AJAR" dan inilah hasil didikan pemimpin mereka yang terang-terang menghina islam.... mana mungkin kita lupa yang pemimpin mereka pernah melangkah serta memijak gambar pemimpin melayu islam walaupun mereka ini dahulunya "sekepala" dengan mereka. Trend ini nampaknya menjadi ikutan para pengikut parti biaDAP ini dan semakin lama mereka semakin "BESAR KEPALA" dan sewenang-wenangnya terus mengina agama islam yang kita anuti ini.






Jebat ingin menegaskan yang mereka ini akan terus melakukan penghinaan secara terbuka begini sekiranya umat islam di negara kita ini terus berpecah belah. Mereka telah menunggu lama untuk perpecahan umat islam terutamanya kaum melayu di negara ini dan mereka akan terus berusaha dengan apa sahaja cara bagi mencapai tujuan mereka itu. Sebagai umat islam jebat ingin mengajak semua agar berfikir secara rasional tentang pentingnya orang melayu bersatu, janganlah nanti "bila nasi sudah menjadi bubur" barulah kita sedar tentang kesilapan kita. fikir-fikirkanlah.......

*jebat - masih teringat 14 tuntutan ifc dan tuntutan khalifah LGE....

 





Share this

Related Posts

Previous
Next Post »