Dialah Hang Tuah, Dialah Juga Hang Jebat... Calon Tunggal Exco Pemuda UMNO Dari Melaka #Rafiq4Exco

Assalamualaikum WBT, Salam Sejahtera, Salam Melaka Maju Negeriku Sayang, Negeri Bandar Teknologi Hijau, Melaka 751 Tahun.

Bahang pemilihan UMNO 2013 semakin terasa. Sana-sini semua orang bercakap tentang pemilihan UMNO, tak kira mereka ahli parti sendiri ataupun bukan. Di kedai-kedai kopi, di warung-warung, mahupun di restoren-restoren serta cafe-cafe terkenal semua yang berbual akan berbual mengenai PAU 2013. Begitulah hebatnya UMNO. Semua ingin ambil tahu, semua ingin buat spekulasi dan yang penting paling ramai yang ingin tonjolkan diri.

MelakaInsider juga ingin terus membawa atau memperkenalkan calon-calon yang bertanding terutama calon-calon yang datangnya dari Negeri Melaka dan salah seorangnya ialah Calon Tunggal Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia iaitu Calon No. 27, Saudara Mohd Rafiq Bin Naizamohideen. Anak muda yang dilahirkan pada 15 Mac 1986 ini merupakan Lulusan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan (Kepujian) dari Univeriti Teknologi MARA (UiTM).
 
Kenali Mohd Rafiq bin Naizamohideen

Tarikh Lahir :  15 Mac 1986
Umur  :  27 Tahun
Tempat Lahir  :  Hospital Besar Melaka
Status  :  Berkahwin

Pendidikan

1998  -  UPSR                            -  Sekolah Kebangsaan Ujong Pasir, Melaka
2001  -  PMR                              -  Malacca High School
2003  -  SPM                              -  Malacca High School
2005  -  Matrikulasi                    -  Kolej MARA Kuala Nerang, Kedah
              (Perakaunan)                     (CGPA: 3.63)
2001  -  Ijazah Sarjana Muda       -  Universiti Teknologi MARA (UiTM)
              Perakaunan (Kepujian)     (CGPA: 3.0)

Jawatan & Pengalaman

-    Pengarah Bahagian Institusi Pengajian Tinggi, Jabatan Ketua Menteri Melaka (2012 - Kini)
-    Pengarah Bahagian Pusat Sumber, Jabatan Ketua Menteri Melaka (2011 - 2012)
-  Ahli Panel Pemikir, Institut Pembangunan & Penyelidikan Belia Malaysia (IPPBM) Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia (2012 - Kini)
-    Presiden Pertubuhan Pemikir Muda Malaysia (2008 - Sekarang)
-    Pengerusi Pertubuhan Pemikir Muda Negeri (2008 - Kini)
-    Pengarah Prima Wawasan Sdn. Bhd. (2008 - Kini)

Politik

-    Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian Kota Melaka (2008 - 2012)
-    Ketua Pemuda UMNO Cawangan Kg. Atap (2008 - 2012)
-  Pengerusi Biro Pendidikan & Pengajian Tinggi Pemuda UMNO Bahagian Kota Melaka (2008 - 2012)
-    Ahli Jawatankuasa Biro Pelajaran UMNO Bahagian Kota Melaka (2008 - 2012)
-    Ahli UMNO Bahagian Tangga Batu (2012 - Kini)

NGO & Persatuan

-    Presiden 1 Malaysia Motorspot Club (2012 - Kini)
-    Pengerusi 1 Melaka Motorspot Club (2012 - Kini)
-    Setiausaha Masjid Ujong Pasir (2010 - 2011)
-    Ahli Jawatankuasa JKKK Kg. Atap (2010 - 2011)
-    Ahli Jawatankuasa Kelab Sukan Komuniti DUN Banda Hilir (2010 - 2011)
-    Setiausaha Agung Majlis Perwakilan Pelajar UiTM (2006 - 2008)
-    Exco Majlis Perwakilan Pelajar Kolej Matrikulasi MARA Kuala Nerang (2004 - 2005)
-    Pengawas Sekolah Malacca Hing School (2000 - 2003)
-    Naib Ketua Pengawas Sekolah Kebangsaan Ujong Pasir (1997 - 1998)

Pencapaian & Aktiviti

-    Pengerusi Konvensyen Pemikir Muda Malaysia 2012 Dirasmikan YAB Dato' Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia
-    Pengerusi Majlis Makan Malam Konvensyen Pemikir Muda Malaysia 2012 Bersama YAB Datin Paduka Seri Rosmah Mansor, Isteri YAB Perdana Menteri Malaysia
-   Dianugerahkan Pingat Bakti Masyarakat (PBM) Oleh TYT Tun Datuk Seri Utama Mohd Khalil Bin Yaakob, Yang Di-Pertua Negeri Melaka.
-    Pengerusi Bicara Negarawan Bersama YABhg. Tun Mahathir Mohamad pada 2010


-   Pengerusi Program Biasiswa Pemikir Muda Malaysia Dengan Kerjasama Universiti Lim Kok Wing Bernilai RM 3 Juta Untuk 30 Biasiswa Mahasiswa Melayu Kurang Berkemampuan di Seluruh Negara
-    Pengerusi Wacana Model Ekonomi Baru (MBE) Bersama Pemimpin Muda Disempurnakan Oleh YB Datuk Mukhriz Tun Mahathir, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) pada 2009
-   Penaung Program Jelajah 1 Malaysia Janji Ditepati Disempurnakan Oleh D.Y.T.M Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, Raja Muda Perlis pada 2013
-    Mewakili Malaysia dan Kerajaan Negeri Melaka untuk Mengetuai Misi Aman Palestin 2012 ke Gaza, Palestin


-   Pengerusi Program Intregasi Antarabangsa Malaysia - Indonesia pada tahun 2012
-   Pengerusi Program Khidmat Masyarakat Di Bogor Dan Bandung Indonesia pada 2012
-  Ahli Panel Program Bual Bicara & Forum Ekonomi, Belia & Isu-Isu Semasa di Hello Malaysia Bernama TV, Astro Awani, Selamat Pagi Malaysia (SPM) Dan Radio Tempatan Dari 2009 Hingga Kini



Berdasarkan rekod cemerlang yang dimiliki beliau, MelakaInsider percaya perwakilan Pemuda UMNO wajib memberi peluang dan undi terhadap beliau. Banyak lagi rekod cemerlang yang beliau miliki yang tidak sempat MelakaInsider kongsikan disini.

Untuk mengenali beliau dengan lebih dekat, MelakaInsider sertakan pautan Laman Sosial Sdr. Rafiq         DI SINI.
 
MelakaInsider dengan rendah hati sekali lagi memohon semua perwakilan Pemuda UMNO seluruh negara agar memberi sokongan dan undian kepada "Putera Tunggal Calon Exco Dari Melaka" Sdr. Rafiq. Dan MelakaInsider juga mendoakan agar Sdr. Rafiq dikurniakan rahmat Allah SWT dan kemenangan demi untuk memperjuangkan Agama, Bangsa dan Negara!!

#Rafiq4Exco
 


Share this

Related Posts

Previous
Next Post »