Islam Didahulukan, Bangsa Diperkasakan - #DFB4Exco




Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera....

Setelah beberapa calon yang MelakaInsider perkenalkan, kini tiba giliran seorang lagi calon yang pada hemat MelakaInsider perlu diberi ruang dan peluang untuk di ketengahkan. Untuk kita mempertahankan bangsa melayu, menjadi keutamaan kita untuk  menegakkan, mengukuhkan  mengukuhkan dan menegakkan syiar islam di dalam parti keramat UMNO ini. Oleh yang demikian, MelakaInsider merasakan yang calon ini merupakan individu yang tepat untuk dipilih oleh perwakilan Pemuda UMNO pada PAU 2013 nanti.

  

Dr. Fahtul Bari bin Mat Jahaya bukanlah nama yang perlu diperkenalkan lagi. Sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Ilmuan Malaysia (ILMU) Dr. Fahtul Bari merupakah tokoh ilmuan islam muda yang amat disegani oleh kawan dan lawan. Beliau telah banyak membantu untuk menangkis segala dakyah yang ditujukan kepada UMNO tertutama dari pihak pembangkang.

Ketika ditemui, Dr. Fathul Bari yang mudah didekati menyatakan yang tujuan dia untuk menawarkan diri sebagai Exco Pergerakan Pemuda UMNO ialah untuk fokus kepada menegakkan, mempertahankan dan mengembangkan agama Islam sesuai dengan Perlembagaan UMNO Fasal 3. Beliau yakin memang perkara itu telah dipraktikkan dalam UMNO namun beliau berpendapat yang perkara ini harus diperkasakan. "Maka saya menawarkan diri untuk tujuan tersebut. Merialisasikan perlembagaan yang sedia ada, dan memperkasakan gerakan islamisasi di dalam UMNO khususnya, dan di Malaysia umumnya." Ujar beliau lagi.

Dr. Fathul Bari juga menyatakan yang sudah lama UMNO menyediakan platform untuk beliau memperkasakan  agama Islam dan kini beliau telah bersedia untuk bersama dengan rakan-rakan Pergerakan Pemuda UMNO untuk terus memastikan Islam didahulukan. Beliau juga menjelaskan yang tema yang beliau gunakan sepanjang berkempen untuk pemilihan parti ini adalah "Islam Didahulukan, Bangsa Diperkasakan".
 
MelakaInsider sekali lagi merayu dan memohon agar Dr. Fathul Bari diberikan sokongan dan undian oleh semua perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia tanpa sebarang keraguan. MelakaInsider juga mendokan agar  Dr. Fathul Bari dikurniakan kekuatan dan kesihatan oleh Allah SWT untuk terus berjuang memartabatkan agama  Islam dan bangsa melayu bersama-sama dengan saf kepimpinan Pergerakan Pemuda UMNO yang akan dipilih
nanti.





"Islam Didahulukan, Bangsa Diperkasakan"
#DFB4Exco Calon No 16


Share this

Related Posts

Previous
Next Post »