Kenali Calon Exco Pergerakan Puteri UMNO Malaysia Puan Asfalinda Anuar - #Asfalinda4ExcoPu3

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera.......

Pagi ini ada teman menghubungi jebat mohon untuk perkenalkan Calon Exco Pergerakan Puteri UMNO dari Negeri Terengganu di dalam blog Melaka Insider. Melaka Insider sedia untuk memperkenalkan Calon Exco Puteri UMNO Malaysia tersebut iaitu Puan Asfalinda Binti Anuar.


Kenali Puan Asfalinda Binti Anuar

Puan Asfalinda binti Anuar merupakan Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Kemaman, Terengganu dan juga Naib Ketua Pergerakan Puteri UMNO Negeri Terengganu. Berusia 35 tahun,  telah berkahwin dan menetap di Lubuk Kawah, Kemasek, Terengganu.

Berpendidikan Ijazah Sarjana Muda Seni Reka & Seni Lukis (Fesyen) dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Sri Manjung Perak dari tahun 1997 - 2000

Kerjaya beliau ialah Pegawai Khas kepada  Menteri Komunikasi dan Multimedia dan sebelum ini beliau juga menjawat jawatan yang sama kepada Menteri Belia dan Sukan Malaysia dari tahun 2009 - 2013.

Sepanjang beliau menjawat jawatan Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Kemaman, pelbagai aktiviti dan program yang telah beliau jalankan termasuklah seperti Program Meraikan Anak-Anak Yatim dan Pembahagian Baju Raya, Selain dari itu, pelbagai program sukan yang dianjurkan oleh Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Kemaman yang melibatkan keseluruhan ahli Puteri UMNO dari setiap cawangan di Bahagian Kemaman.



Sebagai Ketua Puteri UMNO yang prihatin, Asfalinda juga sering mengadakan lawatan dan kunjungan terhadap ahli-ahli puteri yang baru melahirkan anak, yang sedang uzur dan sakit termasuk juga kepada rakan-rakan pemuda dan juga warga emas untuk menghulurkan sumbangan dan juga sokongan moral. Keperihatinan beliau ini menjadikan beliau mudah didekati dan disenangi oleh setiap orang.






Selain dari Pergerakan Puteri UMNO, beliau juga aktif dalam persatuan belia dimana beliau menyandang jawatan Naib Pengerusi Gerakan Belia 4B Malaysia Negeri Terengganu, Pengerusi Gerakwanis 4B Malaysia Negeri Terengganu, AJK Majlis Belia Negeri, Negeri Terengganu,  Pengerusi II Majlis Belia Daerah Kemaman dan juga AJK Gerakan Belia 4B Malaysia Daerah Kemaman.

Antara jawatan lain yang beliau sandang ialah Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Kemaman, Terengganu Darul Iman.

Dengan slogan "Puteri Berilmu, Prihatin Dan Istiqamah" serta segala penglibatan dan pendidikan yang beliau ada, jebat merasakan yang beliau layak untuk diberi peluang dan mandat untuk menjadi Exco Pergerakan Puteri UMNO Malaysia pada pemilihan parti yang akan datang. Jebat berkeyakinan yang calon ini amat layak untuk bersama-sama Calon Ketua Puteri UMNO Malaysia iaitu YB Puan Mas Ermieyati untuk merajui kepimpinan Puteri UMNO Malaysia demi masa depan Agama, Bangsa dan Negara. 

Jesteru itu, jebat dengan rendah hati memohon agar semua perwakilan Pergerakan Puteri UMNO memberi peluang dan undi yang tidak berbelah bahagi kepada calon ini.

Terima kasih.....






Share this

Related Posts

Previous
Next Post »