Kenali Calon Naib Ketua Pemuda Malaysia #Lokman4NKPM

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera.....

Hari ini jebat ingin memperkenalkan Calon Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia yang memang telah dikenali ramai iaitu Saudara Lokman Noor bin Adam.




Beliau yang juga Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia adalah salah seoarang calon yang menawarkan diri selain dari Saudara Jamawi Jaafar (JJ) dan juga Saudara  Khairul Azwan (Wan Bro). Sudah tentulah setiap calon-calon ini mempunyai kelebihan dan kekurangan namun jebat yang mengikuti perkembangan Sdr. Lokman sejak beliau dalam Parti Kelentong Rakyat lagi merasakan yang Sdr. Lokman mempunyai sedikit kelebihan berbanding calon-calon lain.

Sejak menjadi Exco Pergerakan Pemuda UMNO dan juga Pengerusi Unit Pidato Pemuda UMNO dan BN pada tahun 2008, beliau telah menganjurkan dan melibatkan diri lebih dari 800 program berbentuk kursus, Ceramah Umum, Debat, Forum, Gerak Kerja Pilihanraya, Wawancara TV, Wawancara Radio dan banyak lagi. Unit ini juga telah melatih ramai dikalangan pemuda untuk berjuang dalam parti. Pengalaman beliau sewaktu berada di dalam Parti Kelentong Rakyat telah menjadi kelebihan dalam menangkis semua tohmahan-tohmahan yang dilemparkan ke parti UMNO. Dan sejak tahun 2010,  Saudara Lokman telah dilantik menjadi "Panel Pemikir" Jabatan Hal Ehwal Khas.

Jebat tak mahu berbicara panjang, bersama ini jebat sertakan video pengenalan diri beliau yang boleh dijadikan panduan untuk semua perwakilan pemuda mengapa kita sebagai perwakilan perlu memilih Saudara Lokman Noor bin Adam sebagai gandingan kepada YB Khairy Jamaluddin. Jebat sekalai lagi dengan rendah hati menyarankan agar semua perwakilan pemuda memilih Saudara Lokman Noor bin Adam sebagai Naib Ketua, Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.

 #Lokman4NKPM

Sekian.....

video

Hubungi Saudara Lokman Noor Bin Adam

(HP) 012 332 0000 / 012 332 0040
(Email) lokmanadam@yahoo.com
(FB) Lokman Adam II
(Twitter) @LokmanAdam
(Instagram) Lokman Adam
(YouTube) LokmanAdamPPUM

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »