Rasmi!! Datuk Seri Hj. Mohd Ali Rustam Bertanding Naib Presiden UMNO!!

Sah!! Bertempat di Rumah Melaka, Jalan Bellamy, Kuala Lumpur, Datuk Seri Hj. Mohd Ali Rustam mengesahkan akan bertanding Kerusi Naib Presiden UMNO pada Persidangan UMNO yang akan berlansung bulan Disember nanti. 

Pengunguman itu dibuat pada sidang media sempena Program Rumah Terbuka Hari Raya Pengerusi PUNB yang berlansung di sini hari ini. Datuk Seri Hj. Mohd Ali Rustam merupakan bekas Naib Presiden UMNO dari tahun 2004 hingga ke 2009.

Beliau menjelaskan yang beliau tidak berniat untuk menentang sesiapa sebaliknya untuk memberi pilihan kepada ahli parti. Pada masa sekarang Datuk Seri Hj. Mohd Ali Rustam merupakan Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO.

Jebat menyambut baik hasrat Datuk Seri Hj. Mohd Ali Rustam ini dan memandangkan begitu banyak jasa dan pengorbanan yang beliau lakukan untuk Parti UMNO dan juga Negeri Melaka. Pada jebat beliau merupakan seorang pemimpin yang tidak pernah mengenal erti kekalahan dan terus berjuang sehingga sekarang. Amat sukar untuk kita jumpa pemimpin seperti Datuk Seri Hj. Mohd Ali Rustam sekarang dan jebat rasa semua perwakilan perlu menilai dengan baik setiap sumbangan yang pernah beliau lakukan dari dahulu lagi. 

Jebat doakan semoga Allah SWT memberkati perjuangan Datuk Seri Hj. Mohd. Ali Rustam serta memberi kemenangan kepada beliau, In Sya Allah....

-laksamanajebat-

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »