Wajib Baca!! Wajib Tonton!! Tiada Kompromi Lagi!! #Emy4KPu3

Assalamualaikum WBT, Salam Sejahtera, Salam 1 Malaysia, Salam Melaka Maju Negeriku Sayang, Negeri Bandar Teknologi Hijau, Melaka 751 Tahun. Semoga semua pengunjung MelakaInsider hari ini sihat dan ceria serta dilindungi Allah SWT.

Dalam kesibukan jebat memperkenalkan calon-calon yang akan bertanding pada PAU 2013 yang akan tiba tak lama lagi, jebat masih konsisten dalam berkempen untuk Calon-Calon dari Melaka. Dan hari ini sekali lagi jebat denagn rendah hati ingin memohon kepada semua perwakilan Pergerakan Puteri UMNO seluruh negara agar menyokong dan mengundi calon Ketua Pergerakan Puteri UMNO iaitu YB Puan Mas Ermieyati Binti Samsuddin yang juga merupakan Ahli Parlimen Masjid Tanah, Ketua Pergerakan Puteri UMNO Negeri Melaka dan juga Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Masjid Tanah..

Jebat percaya YB Emy mampu menjalankan tugasnya dengan cemerlang dan dapat memacu Pergerakan Puteri UMNO Malaysia disamping menyambung kesinambungan pimpinan Pergerakan Puteri UMNO yang sedia ada. Jebat juga yakin yang YB Emy akan membawa perubahan yang lebih baik kepada Pergerakan Puteri UMNO yang mana imej Pergerakan Puteri UMNO akan lebih dikenali, dihormati sesuai dengan "tagline" yang diguna-pakai oleh YB Emy iaitu "Puteri Untuk UMNO, Puteri Harapan UMNO". Jebat juga ingin kongsikan "MANIFESTO" YB Emy untuk tatapan semua pengunjung MelakaInsider.


Jebat harap dengan adanya manifesto YB Emy ini semua perwakilan Puteri UMNO akan dapat menilai betapa tingginya cita-cita YB Emy untuk mencapai visinya bagi "Memperkasa Puteri UMNO Sebagai Agen Survival Perjuangan Parti".

Sebelum jebat akhiri posting hari ini, harap semua pengunjung dapat meluangkan masa untuk menonton video yang jebat sediakan dibawah. Akhir kata jangan sekali-kali lupa untuk menyokong dan mengundi YB Emy!! #Emy4KPu3

video
 

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »