Alhamdullillah... "Puteri Untuk UMNO, Puteri Harapan UMNO" Tahniah YB Mas Ermieyati!!

Assalamualaikum WBT, Salam Sejahtera, Selamat Pagi..... Semoga semua pengunjung blog MelakaInsider berada di dalam lindungan Allah SWT.


MelakaInsider amat gembira sekali bila YB Puan Mas Ermieyati Samsudin telah berjaya memenangi jawatan Ketua Puteri UMNO Malaysia. Jutaan tahniah MelakaiNsider ucapkan kepada YB Emy dan tak lupa juga kepada jentera kempen beliau yang telah bertungkus lumus bekerja siang dan malam.

Kemenangan YB Emy ini membuktikan yang perwakilan Puteri UMNO menaruh kepercayaan yang tinggi terhadap YB Emy. Dan Melakainsider berpendapat yang YB Emy telah bersedia untuk memikul amanah dan tanggungjawab yang amat besar dan berat ini.

Sekali lagi MelakaInsider mengucapkan tahniah pada YB Emy!!

"Puteri Untuk UMNO, Puteri Harapan UMNO"

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »