Hebat!! Puteri Menyusur Akar... Terus Bekerja Dan Membantu Dimana Sahaja....


Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera....

Jebat memang "Tabik Spring" pada Ketua Pergerakan Puteri UMNO yang baru serta barisan Exconya yang terus "agresif" menjalankan tugas sebaik sahaja selesai Pemilihan UMNO 2013 yang lalu. Semangat mereka ini perlu dicontohi oleh setiap orang serta keperihatinan dan kebijaksanaan YB Puan Mas Ermieyati dalam membuat perancangan yang amat teratur merupakan strategi yang amat bijak.

YB Emy  dengan Timbalannya dengan pantas menyusun semua exco Pergerakan Puteri Malaysia untuk membantu Jentera Pilihanraya Kecil DUN Sungai Limau Kedah, dan satu lagi pasukan di atur untuk membantu mangsa-mangsa tragedi Banjir Lumpur di Ringlet, Cameron Highlands.

Tindakan pantas Pergerakan Puteri UMNO ini perlu diberi pujian kerana selain mereka dapat membantu jentera pilhanraya di Sungai Limau, mereka juga dapat membantu mangsa-mangsa banjir lumpur yang trauma dengan membantu memberi peralatan, makanan dan ubatan serta membantu mengembalikan keyakinan mangsa-mangsa tersebut.

Tahniah Pasukan YB Emy dan rakan-rakan Puteri UMNO. 

Pilihanraya Kecil DUN Sungai Limau Kedah






Tragedi Banjir Lumpur di Ringlet, Cameron Hinghlans

 







 
 

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »