Jutaan Terima Kasih Di Atas Kepercayaan Semua Perwakilan!!

Assalamualaikum WBT, Alhamdullillah selesai sudah pemilihan UMNO semalam yang menyaksikan semua perwakilan UMNO menunaikan tanggungjawab mereka. Sekalung tahniah jebat ucapkan kepada semua calon yang telah berjaya dan kepada yang tidak harap menerima kekalahan ini denganhati yang terbuka.

Jebat merasa amat gembira apabila salah seorang calon yang MelakaInsider highlightkan berjaya. YB Datuk Wira Hj. Md Yunos Bin Husin telah berjaya memenangi jawatan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Bukit Katil.


YB Datuk Wira Hj. Hj. Md Yunos melahirkan rasa kesyukuran ke hadrat Allah di atas kemenanganya ini. Beliau mengucapkan jutaan tahniah dan terima kasih kepada seluruh perwakilan UMNO Bahagian Bukit Katil yang telah berjaya menunaikan tanggungjawab kepada parti dan mengundi beliau.

Beliau juga berjanji akan menggalas amanah ini sebaik mungkin dan akan membantu Ketua UMNO Bahagiaj Bukit Katil iaitu YB Senator Datuk Seri Hj. Mohd Ali Bin Mohd Rustam demi memperkasakan UMNO khusunya di bahagian Bukit Katil.

Jebat : Tahniah YB Datuk Wira!! Dan Selamat Bekerja!!

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »