#Lokman4NKP Tiada Kompromi, Inilah Calon Terbaek!!


Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera kepada semua pengunjung blog MelakaInsider. Semoga semua sentiasa ceria dan gembira.

Jebat ingin mengulangi pendirian jebat yang akan mengundi Sdr. Lokman pada pemilihan parti yang akan datang. Dan jebat sekali lagi dengan rendah hati memohon agar semua perwakilan Pemuda UMNO untuk memberi peluang dan undi kepada Sdr. Lokman.

Mohon menilai sumbangan beliau terhadap apa yang telah beliau buat terhadap parti keramat UMNO selama ini. Jebat tertarik dengan ulasan rakan bogger Pisau.Net tentang "dosa-dosa lama" Sdr. Lokman terhadap parti yang digunakan oleh mereka-mereka yang kurang senang dengan Sdr. Lokman.

"Pisau perhatikan ada juga beberapa artikel nakal dari rakan rakan yang menyebut tentang dosa lama Lokman Adam kepada Umno.Dosa ini digambarkan cukup besar dan tidak terampun.. Parti keramat Umno seolah hanya untuk yang maksum maksum sahaja..tak gitu?
Dalam pemerhatian Pisau,memang cukup pelik dengan pemikiran orang Umno. Kata mereka..yang pernah berdosa dengan Umno tidak layak menjadi pemimpin..yang pernah keluar dari Umno tidak boleh memegang sebarang jawatan. Ramai lagi yang setia dan tidak pernah khianat dengan perjuangan parti maka orang orang ini layak untuk pegang jawatan walaupun diketahui bodoh,kaki ampu …kaki menyamun dan perompak!
Membangkitkan kisah silam mana mana calon yang bakal bertanding didalam parti memang kebudak budakan,kerana mereka sendiri terlupa Rais Yatim,Ku Li zaman Semangat 46 termasuk Ayahanda Tun M sendiri pernah keluar parti dan  menghentam teruk hingga PRU12 Umno terluka parah.
Kemudian kita disajikan dengan banyak berita lompat parti kemasukan ahli PAS dan PKR ke dalam Umno.Mereka ini disambut bagaikan pengantin baru diberi baju dan bendera… disiarkan dalam blog blog kononnya Umnolah tempat yang sesuai menjadi platform memperjuangkan bangsa melayu. Tetapi yang bodohnya orang Umno marah dan haramkan pula jika mereka  ini mahu naik menjadi pemimpin didalam Umno. Kemudian pada waktu itu segala dosa lama akan diungkit…
Kenapa ahli dan pemimpin Umno tidak nasihatkan Lokman Adan agar jangan aktif didalam parti..Kenapa tak suruh Lokman lepaskan jawatan Exco Pemuda Umno dan Ketua Unit Pidato pada ketika baru menang didalam pemilihan parti tidak lama dahulu . Kenapa hampir kesemua bahagian di seluruh negara jemput Lokman berceramah..berkempen.. sedangkan tahu orang ini pernah berdosa…janganlah hipokrit"  - Pisau. Net
Jebat ingin menyarankan agar kita terlalu mudah menghukum seseorang dan jebat merasakan yang setiap orang layak diberi peluang kedua. Sedangkan Nabi ampunkan umatnya, inikan pula kita manusia biasa. Sdr. Lokman telah mendapat peluang kedua dan dia telah membuktikan kewibawaannya sebagai Exco Pemuda.
Mari kita lihat sekali lagi Track Record yang telah Sdr. Lokman buat semasa beliau menjadi Exco Pemuda


Jom Undi #Lokman4NKP

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »