Mesti Pilih Pemimpin Ini..... Biarlah Gambar Berbicara

Assalamualaikum, Salam Jumaat Penuh Barokah, Salam Melaka Maju Negeriku Sayang, Negeri Bandar teknologi Hijau, Salam Melaka 751 Tahun. Alhamdullillah kita masih diberi kesempatan oleh Allah SWT untuk terus bernafas di bumi bertuah ini untuk terus beribadat kepadaNya. Semoga Allah SWT merahmati kita semua.

Esok hari yang ditunggu-tunggu oleh semua perwakilan UMNO seluruh negara dalam menentukan saf kepimpinan parti keramat ini. Jebat ingin mengucapkan selamat bersidang dan selamat mengundi kepada semua perwakilan, gunakalah hak kita ini dengan sebaik-baiknya dalam memilih pemimpin yang benar-benar memperjuangkan nasib rakyat terutama kaum melayu, pemimpin yang sentiasa "menyusur akar" mendalami kehendak dan jerit perit rakyat. Jebat dapat rasakan yang perwakilan UMNO sekarang telah matang dalam membuat pilihan.


Jebat dengan rendah hati memohon para perwakilan UMNO Bahagian Alor Gajah untuk memilih YB Datuk Wira Abd. Ghafaar Atan (DWAGA) untuk mengekalkan jawatan beliau sebagai Ketua UMNO Bahagian Alor Gajah. Banyak yang telah beliau lakukan untuk UMNO Bahagian Alor Gajah sehingga kalau ingin diceritakan satu persatu tak akan mampu jebat lakukan. Oleh itu jebat hanya ingin memaparkan "sedikit" foto dari pelbagai aktiviti harian DWAGA untuk dinilai oleh perwakilan UMNO Bahagian Alor Gajah.
















































Pada pandangan jebat DWAGA adalah seorang pemimpin yang hatinya sangat dekat dengan rakyat. DWAGA sentiasa menyusur akar turun pandang untuk menyelami denyut nadi kehidupan rakyat terutama di Bahagian Alor Gajah. DWAGA tidak kekok untuk bersama dengan rakyat tak kira tua, muda, lelaki, perempuan, kaya atau miskin. Semuanya akan mendapat layanan DWAGA. Yang paling menarik setiap kali lawatan DWAGA akan disertai oleh pegawai perubatan untuk memeriksa tahap kesihatan rakyat yang dilawati, pegawai kebajikan untuk memberi pertolongan kepada rakyat yang memerlukan, pegawai PBT untuk menanyakan masalah kemudahan dan insfrastruktur. Pendek kata lawatan DWAGA pasti lengkap dengan semua keperluan rakyat.

DWAGA pernah menjelaskan dengan jebat bahawa dia juga merayu dan menggalakkan  kontraktor-kontraktor yang menerima projek atau kerja di DUN Asahan agar menyumbangkan bantuan berbentuk barangan kepada rakyat di DUN Asahan yang memerlukan. Beliau mahu kontraktor ini menyampaikan sendiri bantuan tersebut dan beliau akan meminta penerima bantuan ini mendoakan kontraktor-kontraktor ini sentiasa dirahmati Allah SWT. "Saya tak mahu duit mereka, saya mahu mereka menyumbang terus kepada penduduk DUN Asahan yang memerlukan dan saya mahu mereka sendiri memberi sumbangan tersebut" ujar beliau.

Akhirnya sekali lagi jebat memohon para perwakilan UMNO Bahagian Alor Gajah agar mengundi DWAGA sesuai dengan kehendak agama Islam yang mahukan kita taat kepada pemimpin selagi mana mereka menjalankan tanggungjawab sebagai pemimpin dan tidak menyuruh kita melalakukan kemungkaran dan maksiat.

Wallahualam

#Vote4DWAGA02 

-laksamanajebat-

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »