Panas!! #PRKSungaiLimau TPM Hina Allahyarham Ustaz Azizan? Mukhriz Sanggup Jumpa Anak Allahyarham Untuk Perjelaskan?




Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera.....

PAS yang ketandusan isu terus mmenjadikan fitnah sebagai zikir harian mereka. Terikini mereka telah mengatakan YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri telah menghina Allahyarham Ustaz Azizan..

Berikut ialah kenyataan YB Datuk Paduka Mukhriz Mahathir kepada wartawan tentang isu tersebut :-

" YAN: PAS sengaja mempolitikkan kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengaitkan keputusan kerajaan memansuhkan subsidi gula dengan dengan penyakit kencing manis yang dialami bekas Menteri Besar Kedah, Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak.
Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, kenyataan Muhyiddin itu diambil di luar konteks hingga menimbulkan kekeliruan banyak pihak.
"Saya tak fikir (kenyataan menghina). Tiada niat untuk memperkecilkan arwah Menteri Besar. Topik yang diperkatakan ialah mengenai bajet dan beliau (Muhyiddin) turut menyentuh mengenai pengurangan subsidi gula.
"Itu adalah topik yang disebut. Saya sangat pasti bahawa beliau tidak menyebut apa-apa yang perlu diambil sebagai penghinaan," katanya kepada pemberita selepas majlis perjumpaan Menteri Besar bersama warga pendidik di Sekolah Menengah Kebangsaan Dulang, di sini, Isnin.
Mukhriz berkata demikian bagi mengulas mengenai gesaan anak kelima daripada isteri pertama Azizan, Muhammad Rafi'iy agar Muhyiddin menarik balik kenyataannya dan memohon maaf kepada keluarganya.
Mengulas mengenai gesaan itu Mukhriz berkata: "Saya boleh jelaskan kepada anak Allahyarham ustaz Azizan apa sebenarnya yang diperkatakan oleh TPM," katanya."
Sumber : MSTAR ONLINE
Disini jebat juga sertakan video rakaman ucapan TPM bagi penilaian pembaca MelakaInsider. Apa yang boleh jebat simpulkan ialah puak-puak hamPAS ini semakin tertekan terutama dengan slogan yang dibawa oleh BN Kedah #BeraniHijrah.

Pembaca juga boleh menonton video tersebut sambil membaca kupasan dari Blogger Badut Rakyat DI SINI

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »