PAS Sanggup Menipu, Berbohong Di PRK Dun Sungai Limau....

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera, memang menjadi tebiat mereka-mereka yang kununnya memperjuangkan islam sanggup menipu demi untuk mendapatkan simpati.
 

Blog MPP semalam dalam artikelnya telah menyentuh kenyataan Dato' Mahfuz Omar dalam sidang medianya yang mengatakan calon Pas Mohd Azam merupakan "adik-beradik" Allahyarham Ustaz Azizan adalah satu pembohongan. Baca Artikel MPP DI SINI

ARTIKEL Blog Pisau.Net juga melaporkan perkara yang sama. Menurut Pisau.Net, kenyataan Dato' Mahfuz Omar ini turut disangkal oleh ahli keluarga Allahyarham Ustaz Azizan sendiri.

Blog Medan Tempur Kedah menyatakan dalam ARTIKELNYA mendakwa yang Mohd Azam bukanlah ada pertalian "Bau-Bau Bacang" dengan Allahyarham Ustaz Azizan sebaliknya Mohd Azam adalah "Sepupu" kepada Phahrolrazi Mohd Zawawi, Bekas Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Kedah.

Semua orang tahu, selepas PAS kalah di Kedah, Phahrolrazi telah meletakkan jawatan sebagai Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Negeri kerana tidak sebulu dengan Allahyarham Ustaz Azizan.

Di sini kita boleh melihat betapa terdesaknya parti PAS ini dalam ingin mendapat kemenangan sehinggakan sanggup memanipulasi gambar Allahyarham Ustaz Azizan dengan Calon mereka Mohd Azam. Kepada Pengundi Sungai Limau, pastikan kita #BeraniHijrah dengan mengundi Calon Barisan Nasional!!



Share this

Related Posts

Previous
Next Post »