#PRKSungai Limau - Puteri UMNO Yakin BN Tawan DUN Sungai Limau #BN4SungaiLimau #BeraniHijrah

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera, Semoga Allah memberkati kita semua, semoga hari ini lebih baik dari semalam dan semoga Barisan Nasional memperolehi kemenangan di PRK DUN Sungai Limau, Kedah.

  

Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, YB Puan Mas Ermieyati Samsuddin yakin yang Barisan Nasional akan berjaya menawan semula DUN Sungai Limau dalam PRK DUN tersebut pada 04 November 2013 ini.

Keyakinan beliau ini bersandarkan gerak kerja kempen yang dilakukan oleh Pergerakan Puteri UMNO menampakkan tanda-tanda positif dan penerimaan rakyat di kawasan itu sangat baik. Beliau menyatakan yang jentera Pergerakan Puteri UMNO memfokuskan kepada mendekati "Pengundi Muda Wanita" di kawasan tersebut dan dari hasil program kempen yang dilakukan secara berterusan, beliau mendapati majoriti golongan ini menyokong Barisan Nasional.


"Setakat ini jentera Puteri UMNO telah berjumpa dengan lebih 2,000 dari 5,400 pengundi wanita muda di DUN tersebut. Rata-rata mereka mahukan perubahan dengan meletakkan kepercayaan kepada  Calon Barisan Nasional iaitu Dr. Ahmad Sohaimi Lazim sebagai Wakil Rakyat. Dr. Ahmad Sohaimi adalah anak jati tempatan dan latar belakang pendidikan beliau serta kepeberadiannya yang mesra rakyat melayakkan beliau untuk menjadi Wakil Rakyat di kawasan ini."

Beliau menambah dibawah kepimpinan Menteri Besar Kedah Datuk Paduka Mukhriz Tun Mahathir, Barisan Nasional negeri Kedah akan bertambah mantap memandangkan kredibiliti serta kempimpinan Datuk Paduka Mukhriz telah berjaya memberi impak positif dan juga mendapat sokongan penuh golongan muda kepada kepimpinan kerajaan negeri. "Datuk Paduka Mukhriz sememangnya seorang yang sangat berkaliber dan saya percaya yang UMNO negeri Kedah akan dapat terus diperkukuhkan." Ujar beliau lagi.

YB Puan Mas Ermieyati mengatakan yang Puteri UMNO menyasarkan untuk berjumpa dengan sekurang-kurangnya 60% daripada semua pengundi wanita muda di sana sebelum menjelangnya hari pengundian. Beliau menyifatkan yang pertemuan dengan semua pengundi ini amat penting bagi menyalurkan maklumat yang tepat tentang dasar-dasar Kerajaan Barisan Nasional dan beliau mahu yang semua rakyat faham yang dasar-dasar yang dilakukan oleh Kerajaan BN adalah untuk membela nasib rakyat di semua peringkat tanpa mengira kaum dan fahaman politik.

Kredit - Melaka Hari Ini

#BeraniHijrah #BN4SungaiLimau
 

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »