Seorang Lagi Tun Ghafar Baba untuk UMNO

Assalamualaikum WBT, Salam Melaka Maju Negeriku Sayang, Negeri Bandar Teknologi Hijau, Salam Melaka 751 Tahun, Melaka Maju Fasa II.


Pagi ini ketika jebat membelek-belek akhbar Utusan Malaysia, Jebat terbaca wawancara antara YAB Datuk Seri Ir. Hj. Idris bin Haron, Ketua Menteri Melaka, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Melaka dan juga Calon Ahli Majlis Tertinggi UMNO dengan Wartawan Utusan Malaysia.

Antara kata-kata YAB Datuk Seri yang menarik minat jebat ialah "Saya berhasrat meneruskan kesinambungan membawa apa yang kita perjuangkan selama ini iaitu meletakkan Melayu dan Islam sebagai peneraju di negara. Inilah misi utama di sebalik keputusan saya untuk bertanding". Pada jebat ini adalah satu misi yang perlu dikekalkan dan juga perjuangan yang perlu secara total dan konsisten untuk semua ahli UMNO untuk memastikan UMNO terus relevan di mata dan hati orang melayu.

Untuk mengetahui lebih lanjut para pembaca boleh terus mengikuti wawancara YAB Datuk Seri Ir. Hj. Idris bin Haron DI SINI

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »