Sepatutnya 2008 Lagi Dah Kuburkan Dia, Kenapa Baru Sekarang Nak Cantas???


Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera.....

Semalam 8/10/2013 jebat sempat bersama dengan program memperkenalkan calon-calon pemilihan PAU 2013 di MITC Melaka. Ramai dikalangan calon yang hadir untuk memperkenalkan diri. Tahniah jebat ucapkan kepada Badan Perhubungan UMNO Negeri Melaka yang telah berjaya menganjurkan majlis ini dengan jayanya.

Paling sibuk semalam sudah pastinya wakil-wakil calon, pengurus-pengurus kempen yang bekerja keras untuk memastikan kemenangan calon mereka, begitu sibuk sekali mereka ini melobi calon dan mengharapkan sokongan dari semua perwakilan yang datang.

Bila ramai yang turun dari seluruh negara, maka berbagai cerita yang kita dapat. Ada cerita baik, ada cerita buruk dan bermacam-macam lagi. berbagai kaletah yang dapat kita tengok. Satu cerita yang hendak jebat kongsikan ialah mengenai Calon Naib Ketua Pemuda Sdr. Lokman Noor Adam. Seperti yang semua pembaca MelakaInsider tahu, jebat secara terbuka menyokong Sdr. Lokman Noor Adam, oleh yang demikian jebat agak kurang senang dengan cerita-cerita yang kurang elok mengenai calon NKP ini. 

"Kau jangan bawak dia nie, orang yang dah keluar dari UMNO lepas tu pernah bakar bendera UMNO nak jadi pemimpin?" itulah diantara ayat-ayat yang jebat dengar. Jebat telah beberapa kali meminta penjelasan dari Saudara Lokman dan beliau menolak dan menafikan dengan sekeras-kerasnya tuduhan ini sehinggakan beliau memuat naik video beliau bersumpah untuk menafikan tuduhan tersebut.


Dalam video ini Saudara Lokman jelas sekali menafikan tohmahan tersebut, sehingga hari ini jebat belum dapat apa-apa bukti yang jelas dengan tohmahan ini. Dan yang amat pelik sekali perkara ini hanya di"highlight"kan semasa musim pemilihan sahaja.

Persoalannya mengapa musim pemilihan ianya tohmahan ini kembali timbul? Dan kalau nak di ikutkan semasa pemilihan 2008 lagi sudah dikeluarkan isu ini namun gagal untuk "menggagalkan" tangan para perwakilan dari terus mengundi saudara lokman yang bertanding jawatan exco pergerakan pemuda ketika itu.Sepatutnya sekiranya dakwaan, tohmahan atau tuduhan mereka itu betul kenapa tak dikuburkan terus karier politik Lokman Noor Adam? Bukan selepas beliau telah menganjurkan lebih dari 800 program untuk pemuda, memberi tunjuk ajar bagaimana ingin berpidato melawan tomahan pembangkang dan rasanya beliau sahaja calon yang telah turun untuk berjumpa dengan hampir semua pemuda di setiap bahagian di seluruh negara untuk bersama-sama dengan pemuda-pemuda yang menjadi tunjang kekuatan parti UMNO baru kita nak bercerita dia pernah pijak dan bakar bendera UMNO? Janganlah suburkan budaya begini di dalam UMNO, berjuanglah seperti "Anak Jantan Sejati" tunjukkan yang kita mampu buat yang lebih baik dari orang lain demi perjuangan Alif Ba Ta!!

Jebat berharap agar berkempenlah dengan cara yang sihat, jangan buat serangan peribadi, tunjukkan visi, misi dan perancangan anda atau calon-calon anda untuk dinilai oleh para perwakilan kerana perwakilan yang ada sekarang amat bijak dalam membuat pilihan. Kami sebagai perwakilan mahukan Transformasi Anak Muda Yang Terbaik Dalam UMNO. Kami tak mahu budaya negatif terus disuburkan dalam UMNO hanya untuk kepentingan orang tertentu. Jebat tegaskan sekali lagi yang jebat memang menyokong Saudara Lokman Noor Adam untuk jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia!!

video


"Usah diuar-uarkan keburukan seteru kamu kepada orang lain, ceritakanlah kebaikannya sambil meyakinkan mereka bahawa kamu mampu melakukan yang lebih baik dari seterumu itu, maka kamu akan beroleh kemenangan yang membahagiakan bukan kemenangan yang menjijikkan" - laksamanajebat

#Lokman4NKP #VoteCalon02

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »