Terharu Diberi Kepercayaan... YB Datuk Rosnah Ucap Terima Kasih....

Assalamualaikuam & Salam Sejahtera.... 


Dalam Kesibukan Kempen PRK Sungai Limau, MelakaInsider sempat mengubungi YB Datuk Rosnah Rashid Sirlin yang telah memenangi jawatan Ahli Majlis Tertinggi dalam pemilihan UMNO baru-baru ini.

YB Datuk Rosnah menyatakan yang beliau sangat terharu dengan kepercayaan yang diberikan oleh para perwakilan dan mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang telah mengundi beliau. Dan beliau juga berjanji akan bersama-sama berjuang untuk terus memartabatkan parti serta membawa suara wanita di dalam UMNO seperti yang beliau perjuangkan selama ini.

Beliau sekali lagi mengucapakan jutaan terima kasih kepada semua perwakilan yang mengundi beliau dan setinggi-tinggi perhargaan kepada semua rakan-rakan dan keluarga yang telah banyak membantu beliau selama ini.

MelakaInsider juga ingin merakamkan ucapan tahniah kepada YB Datuk Rosnah dan mendoakan beliau akan terus berjuang dengan UMNO demi untuk perjuangan Alif, Ba, Ta.

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »