Tok Ali Saya.. Panglima Perang Yang Cedera Tapi Terus Berjuang #DAR4VP

Assalamualaikum, Salam Sejahtera, Salam Melaka Maju Negeriku Sayang, Negeri Bandar Teknologi Hijau, Salam Melaka 751 Tahun. Menjelang Pemilihan UMNO yang akan berlangsung lusa MelakaInsider ingin terus merayu dan memohon sokongan semua perwakilan UMNO di seluruh negara untuk menyokong dan mengundi Calon Naib Presiden UMNO, YB Senator Datuk Seri Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Calon No 06.


Semua orang tahu yang Datuk Seri Mohd Ali merupakan "General" UMNO-BN yang telah tewas pada PRU 13 itu, jebat tidak malu untuk menyatakan perkara ini kerana bagi jebat Datuk Seri Mohd Ali tewas kerana undi kaum cina yang memang tidak lagi mahu melihat UMNO-BN memerintah. Untuk itu jebat merasakan tidak perlulah penyokong calon-calon lain menggunakan isu ini untuk mematahkan semangat Datuk Seri Mohd Ali dan kami orang Melaka kerana semangat YB Datuk Seri Mohd Ali dan kami tak akan luntur dengan serangan sebegini. Selepas tewas Datuk Seri Mohd Ali terus bangkit masih berkhidmat untuk rakyat terutama di Parlimen Bukit Katil. Beliau tidak lagi menoleh kebelakang dan terus menyusun langkah-langkah baru demi mempertahankan hak orang melayu, bumiputera serta agama islam mengikut perlembagaan negara. Biarlah jebat ceritakan serba sedikit mengenai sejarah Datuk Seri Mohd Ali.


Datuk Seri Mohd Ali Rustam mempunyai pengalaman luas dalam bidang perkhidmatan awam dan memulakan kerjaya awal sebagai Pegawai Kerani di Tenaga Nasional (TNB) dari 1969 – 1979. Beliau kemudian menjadi Penolong Pengarah KEMAS negeri Kedah antara tahun 1979 – 1980. Berkat kegigihan melaksanakan tugas, Datuk Seri Mohd Ali dinaikkan pangkat sebagai Pengarah KEMAS negeri Perlis selama setahun iaitu dari 1980 – 1981. Beliau dipindahkan ke Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (1981 – 1982) menjawat jawatan yang sama. Setahun kemudian dihantar ke Melaka sebagai Pengarah KEMAS (1982 – 1983). Pada tahun 1984, beliau mendapat kepercayaan dari Ketua Menteri Melaka ketika itu, Tan Sri Abd. Rahim Tamby Chik dan dilantik sebagai Setiausaha Khas kepada Y.A.B Ketua Menteri Melaka sehingga tahun 1986.


 Pada pilihanraya umum tahun 1986 bertanding untuk kerusi DUN Ayer Molek. Beliau dilantik sebagai ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) untuk portfolio Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar (1986-1990). Sekali lagi pada 1990, beliau bertanding untuk kerusi DUN kawasan Sungai Udang dan menang. Datuk Seri Mohd Ali dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Sains dan Teknologi hingga 1995. Beliau kemudian dipilih oleh parti bertanding untuk kerusi parlimen Batu Berendam pada pilihanraya umum tahun 1995 dan menang. Beliau dilantik sebagai Timbalan Menteri Pengangkutan dari 4 Mei 1995 – 10 Januari 1999. Dalam rombakan kabinet pada Januari 1999, beliau diberi kepercayaan menjawat jawatan Timbalan Menteri Kesihatan dari 11 Januari 1999 hingga pilihanraya umum pada 29 November 1999.

Datuk Seri Mohd Ali Rustam diberi kepercayaan bertanding semula kerusi DUN kawasan Paya Rumput dan menang pada pilihanraya itu. Beliau dilantik sebagai Ketua Menteri Melaka pada 2 Disember 1999. Datuk Seri Mohd Ali dalam jangka waktu pemerintahannya di negeri Hang Tuah sejak 1999 telah meletakkan matlamat untuk menjadikan Melaka sebagai Negeri Maju menjelang 2010. Visinya terangkum dalam Visi Melaka Maju 2010 yang telah diusahakan DAR semenjak awal perlantikannya sebagai Ketua Menteri Melaka dan di atas kesinambungan usaha para pemimpin yang lebih awal tetapi dengan kelajuan yang lebih cekap, pantas dan berkesan.

Datuk Seri Mohd Ali Rustam Ahli yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO merupakan Naib Presiden UMNO, Presiden Belia 4B Malaysia, Presiden Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI), Presiden World Youth Foundation (WYF) dan World Assembly of Muslim Youth (WAMY). Beliau adalah seorang idealis yang praktikal, berpendirian tegas, berani, cekal, yakin dengan kebolehan diri sendiri dan percaya tidak ada apa yang sukar dilakukan sekiranya ada usaha yang bersungguh-sungguh. Maka tidak hairanlah sejak di bawah kepimpinan beliau Melaka telah berjaya sebagai salah negeri yang pesat membangun. Pencapaian dan kualiti kepemimpinan beliau amat terserlah antaranya, Pengisytiharan Melaka Bandar Warisan Dunia, pendapatan per kapita negeri tertinggi di Malaysia dan kadar kemiskinan yang semakin berkurangan, penetapan gaji minima (RM720), tertinggi di Malaysia, pengeluaran telur ayam 6 juta sehari, menjadikan negeri Melaka lebih selamat dengan kadar jenayah yang semakin berkurangan, Melaka sebagai antara destinasi Pelancong Perubatan (Health Tourism) tertinggi di Malaysia dan sebagainya.


Oleh yang demikian jebat dengan tanpa ragu-ragu merayu serta memohon sokongan dan undian kepada Datuk Seri Mohd Ali Rustam kerana telah terbukti yang beliau telah melakukan tugasnya dengan penuh cemerlang dan hasilnya negeri Melaka memperolehi pencapaian yang gemilang dan terbilang. Jebat percaya yang YB Datuk Seri Mohd Ali telah bersedia untuk memikul semula amanah sebagai Naib Presiden UMNO yang pernah beliau sandang dulu. Telah terbukti sumbangan besar YB Datuk Seri Mohd Ali kepada rakyat terutama orang melayu sehinggakan kini diberi penghargaan yang amat besar untuk menjadi Pengerusi Permodalan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) sebuah agensi yang membantu para usahawan-usahawan melayu.


Sekian.

#DAR4VP #IniAlilah #Vote4Calon06VP

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »