YB Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin Bawa Suara Kaum Hawa Dalam Majlis Tertinggi UMNO

Assalamualaikum WBT Dan Salam Sejahtera, Lagi 2 hari menjelang pemilihan UMNO di semua bahagian di seluruh negara. pelbagai andaian yang keluar tentang saf kepimpinan bahagian dan juga yang paling banyak yang diperkatakan ialah tentang saf kepimpinan UMNO Malaysia itu sendiri.


Salah seorang calon Ahli Majlis Tertinggi yang ingin MelakaInsider "highlight"kan ialah Mantan Ketua Puteri UMNO Malaysia YB Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin. Beliau yang juga Timbalan Menteri Kerja Raya Malaysia dan juga Ahli Parlimen Papar, Sabah merupakan calon yang perlu diberi peluang terutamanya untuk membawa suara kaum hawa dalam parti UMNO.

Visi dan Misi YB Datuk Rosnah cukup jelas iaitu mahu berjuang atas landasan UMNO bagi bagi memastikan semua rakyat Malaysia khususnya kaum hawa terus terbela dari semua aspek. Beliau meletakkan matlamat untuk memberikan sepenuh tenaga dan juga buah fikiran dalam memastikan perjuangan UMNO akan terus relevan untuk semua rakyat Malaysia khususnya orang melayu.

Dengan latar belakang pendidikan di dalam bidang undang-undang serta personaliti yang mudah mesra serta amat di senangi ramai di dalam atau di luar parti, YB Datuk Rosnah juga seorang yang amat ikhlas dan bersemangat untuk memperjuangkan suara orang muda ke peringkat yang lebih tinggi. Pengalaman beliau menerajui Puteri UMNO, Ahli Parlimen dan juga Timbalan Menteri menjadi aset kepada beliau untuk terus berjuang dan akan menjadi gandingan atau kombinasi  yang baik diantara golongan muda dan senior dalam Majlis Tertinggi UMNO Malaysia.

MelakaInsider dengan rendah hati memohon sokongan dan undi bagi YB Datuk Rosnah kerana MelakaInsider merasakan perlunya golongan muda dan hawa ada di dalam Majlis Tertinggi UMNO sesuai dengan aspirasi YAB Presiden yang mahu meremajakan UMNO.

#VoteRosnah4MT

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »