DUN Selangor Tolak Notis Usul Bantah Tuntutan Comango


SHAH ALAM: Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor pada Rabu menolak notis usul bantahan berhubung tuntutan Gabungan NGO Hak Asasi Manusia (Comango) untuk dibincangkan dalam sesi perbahasan pada persidangannya.

Notis usul yang dikemukakan ketua pembangkang negeri, Datuk Mohd Shamsudin Lias itu ditolak Speaker Dewan, Hannah Tseow Suan dalam kamarnya dengan alasan perkara tersebut tidak perlu disegerakan dan boleh ditangguhkan pada masa lain.

Mohd Shamsudin dalam satu sidang akhbar berkata beliau mengemukakan notis tersebut berikutan tuntutan Comango itu adalah tidak wajar malah mencalar kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara dan negeri ini.

Katanya, usul itu untuk menyatakan pendirian pihaknya bahawa tuntutan Comango hanya merosakkan akidah rakyat Selangor selain mahu mendapatkan sokongan daripada Adun PAS dan parti lain yang turut sama bersidang.

"Saya melihat usul sebegini harus dibincangkan segera kerana tuntutan Comango membawa implikasi negatif kepada rakyat malah kami akan terus komited untuk mengetengahkan isu ini dalam kalangan rakyat negeri Selangor agar status quoperlembagaan sedia ada dan perkara berkaitan terus dipertahankan," katanya.

Sebelum ini, Comango telah membawa laporan ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) antara lain untuk menuntut supaya murtad diterima sebagai hak kebebasan beragama; mengiktiraf hak pengamal lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT); menghalalkan perzinaan atas alasan kedua-dua pihak rela dan bersetuju. - BERNAMA
 
Apa Itu Comango dan Apa Tuntutan Mereka?

Coalition of Malaysian NGOs atau singkatannya COMANGO iaitu pakatan pertubuhan-pertubuhan pro-kebebasan mutlak dan hak asasi tanpa batas di Malaysia
 

"Notis usul yang dikemukakan ketua pembangkang negeri, Datuk Mohd Shamsudin Lias itu ditolak Speaker Dewan, Hannah Tseow Suan dalam kamarnya dengan alasan perkara tersebut tidak perlu disegerakan dan boleh ditangguhkan pada masa lain."
 
Lihat bagaimana kerajaan "Pakar Rusuhan" ini dengan mudah mengatakan isu ini tidak perlu disegerakan dan boleh ditangguhkan ke masa lain sedangkan COMANGOK ini telah pun menghantar laporan kepada Proses Semakan Berpenggal Sejaga (UPR), Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada 24 Oktober 2013 yang lepas di Geneva.
 
Dan hari ini semua kabinet Selangor sedang merayakan kenaikan elaun mereka dengan hati yang riang dan puas manakala isu ini akan terus ditenggelamkan sampai bila-bila. Apa-apapun terima kasih rakyat Selangor!! 

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »