@ShaberyCheekCom - Panas Dunia atau Panas Akhirat yang Penting? Kenapa Thailand yang iklim lebih kurang sama dengan Malaysia Boleh Sediakan Khemah??

Jebat kurang senang dengan kenyataan ahli Parlimen Kemaman yang Juga Menteri Komunukasi dan Multimedia yang mengatakan cadangan untuk pemberian khemah kepada mangsa banjir adalah "agak tidak praktikal" berikutan keadaan iklim negara kita yang berbeza dari negara jepun.
 
Beliau turut menyatakan "Ramai yang suruh kerajaan bekalkan khemah kepada setiap keluarga tapi kalau beri khemah mungkin disuruh pasang pendingin hawa pula kerana suhu di negara ini panas berbeza dengan Jepun yang suhunya sejuk.

“Jika pasang khemah, mungkin orang ramai boleh duduk selama sejam sahaja paling lama kerana panas,” katanya ditemui di pusat pemindahan SK Seri Geliga Kemaman selepas makan bersama mangsa banjir di situ semalam."
sumber - Sinar Harian
 
 
Jebat kurang bersetuju dengan kenyataan YB Menteri ini kerana ini adalah musim hujan dan banjir dan iklimnya tentulah sejuk tidak timbul soal panas. Yang lebih utama kita perlu menghormati aurat sesama muslim dan menjadi kewajiban pemerintah atau kerajaan untuk menjaga hal ini. 
 
Kita perlu sedar dalam keadaan begini yang mana akan timbul isu tandas penuh, tiada privasi dan sebagainya akan menyukarkan mangsa banjir terutama kaum hawa yang ingin menyusukan anak, menukar pakaian hatta untuk berehat sekalipun akan menyukarkan mereka dengan keadaan orang yang ramai. 
 
Selain dari itu, dengan adanya khemah ini akan membolehkan mangsa-mangsa tersebut menyimpan dokumen atau barang berharga yang sempat diselamatkan berbanding dibiarkan hanya di dalam beg tanpa tempat yang selamat.
 
Tidak dinafikan yang ada juga negara yang pengurusan bencana alam mereka lebih teruk dari negara kita namun jebat berpendapat yang negara kita mampu untuk melaksanakan kaedah membantu mangsa dengan lebih baik dan dapat menceriakan semua mangsa banjir ini yang sedang kesedihan..
 
Jebat harap sekali lagi sebagai sebuah kerajaan yang menjaga kebajikan rakyat terutama yang beragama islam agar cadangan pemberian khemah yang " tidak seberapa harganya" dapat dilaksanakan walaupun ianya cuma digunakan selama lima hari.
 
Mohon agar YAB Perdana Menteri @NajibRazak mempertimbangkan cadangan ini untuk keselesaan dan kebajikan mangsa banjir.

- Laksamana Jebat -

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »