Isu Mesin Judi.... Ketegasan YDP MPHTJ

Isu Mesin Judi Haram bukanlah satu perkara baru di Melaka ini. Pelbagai tindakan dan juga usaha telah dibuat oleh pihak PBT dalam menangani isu ini. Namun disebalik segala tindakan dan usaha yang dibuat oleh pihak kerajaan negeri melalui PBT, premis-premis judi haram ini masih beroperasi walaupun telah digempur berkali-kali.

Ada juga premis-premis ini yang telah ditutup sebelum ianya diserbu oleh penguatkuasa PBT. Operasi-operasi yang dilakukan oleh penguatkuasa PBT ini bagaikan dapat dihidu lebih awal oleh taukeh-taukeh judi haram ini. Maka timbul pula suara-suara sumbang yang mengatakan bahawa ada dalang di dalam PBT ini yang telah membocorkan maklumat-maklumat operasi PBT tersebut. 


Menjawab kepada tohmahan-tohmahan ini, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya, Zali Md. Yassin secara tegas telah menyatakan yang pihaknya akan mengambil tindakan tegas ke atas mana-mana anggota penguatkuasa jika mereka terbukti menjadi dalang dalam kegiatan tersebut.

"Jika ada bukti pegawai terlibat, kita tidak akan teragak-agak untuk menyerahkan mereka kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk mengambil tindakan dan menjalankan siasatan.

"Kita tidak akan sesekali menyokong atau cuba melindungi mereka yang terlibat dan pihak berkuasa boleh mengambil tindakan jika betul ada bukti pegawai terbabit,"

Dalam hal ini, ketegasan yang disuarakan oleh YDP MPHTJ ini jebat puji namun jebat berharap agar perlaksanaannya perlulah menyeluruh dan jangan hanya tertumpu pada penguatkuasa sahaja. Sekiranya terdapat maklumat ada pegawai "LAIN" tidak kira dari pengurusan tertinggi hingga ke peringkat bawahan yang cuba membocorkan maklumat atau menggagalkan usaha pBT ini perlulah di ambil tindakan segera bagi mengelakkan ketirisan dalam pengurusan PBT-PBT di Negeri Melaka ini.

Sumber : Utusan Malaysia 

Jebat : “Hai orang-orang beriman, sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi (Al-Maisir), (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib adalah rijs (najis, perbuatan keji) termasuk perbuatan syaitan, maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan. Sesungguhnya syaitan itu bermaksud hendak menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu lantaran (meminum khamar) dan berjudi itu, dan menghalangi kamu dari mengingat Allah dan solat, maka berhentilah kamu (dari mengerjakannya).” (Al-Maidah : 90 – 91)

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »