Ziarah Sahur DUN Asahan 2014

Assalamualaikum WBT, Salam Sejahtera, Salam Ramadhan Al-Mubarak, Salam Nuzul Al-Quran 1435H. Alhamdullillah kita telah diberi kesempatan oleh Allah SWT untuk terus bernafas dibumi bertuah ini dan untuk terus menjalani kehidupan dan beribadat kepada Allah SWT.



UMNO Bahagian Alor Gajah akan mengadakan konvoi Ziarah Sahur pada 19 & 20 Julai ini. Majlis Pelancaran Konvoi Ziarah Sahur ini akan dilancarkan oleh YB Datuk Wira Hj. Abd. Ghafaar Bin Atan, Ketua UMNO Bahagian Alor Gajah bertempat di Dataran UMNO Bahagian Alor Gajah pada 19/07/2014 jam 10.45 malam.



Pada program tersebut setiap DUN di dalam Parlimen Alor Gajah akan diketuai oleh wakil DUN masing-masing. DUN Asahan akan diketuai sendiri oleh YB Datuk Wira Abd. Ghafaar, DUN Rembia diketuai oleh Ketua Wanita UMNO Bahagian YB Datuk Norpipah Abdul, DUN Gadek diketuai oleh Timbalan Ketua UMNO Bahagian Alor Gajah, En. Rospandi Bin Leman. Di DUN Machap akan diketuai oleh Setiausaha UMNO Bahagian Alor Gajah, En Ghafaar Bin Misdar manakala di DUN Durian Tunggal akan diketuai oleh Naib Ketua UMNO Bahagian Alor Gajah, Pennghulu Ismail Bin Ibrahim. Lebih menarik lagi apabila program ini akan turut disertai oleh wakil rakyat yang bukan dari UMNO iaitu YB Datuk Lai Meng Chong di DUN Machap dan juga YB Datuk M.S Mahadevan di DUN Gadek.




Bagi DUN Asahan yang diketuai oleh YB Datuk Wira Ghafaar, program Ziarah Sahur ini akan berlansung selama 2 hari iaitu 19 & 20 Julai 2014. Menurut penyelaras Jawatankuasa Marshall/Pandu Arah Konvoi Ziarah Sahur DUN Asahan, Sdr. Suhaizan Hj. Noh menyatakan yang program ini telah di adakan untuk tahun ke-enam. Beliau memberitahu yang program ini telah mendapat sambutan yang amat baik dari semua pihak dan telah menjadi program yang wajid dilaksanakan pada setiap tahun.



Beliau juga menjelaskan yang tujuan utama program ini di adakan adalah untuk bersama-sama meninjau kebajikan rakyat tanpa mengira waktu dan masa apatah lagi di dalam bulan Ramadhan yang penuh keberkatan agar dapat membantu menunaikan harapan mereka yang memerlukan.



Melaka Insider amat menyokong program murni sebegini yang amat bersetuju sekiranya program ini dapat diteruskan lagi. Dan apa yang menjadi harapan Melaka Insider untuk program ini dimasa akan datang, agar akan ada lebih ramai individu atau syarikat-syarikat yang turut sama menyumbang kepada program ini supaya kita dapat membantu lebih ramai rakyat yang memerlukan terutama di DUN Asahan.



- Melaka Insider -


JAWATANKUASA MARSHALL/PANDU ARAH KONVOI ZIARAH SAHUR DUN ASAHAN

Penyelaras : Suhaizan bin Haji Noh
Ketua Marshall : Norazizul bin Jaafar
Penolong Ketua Marshall : Zamzuri bin Jinuddin
Setiausaha Marshall : Norhafizi bin Abd Rahman
Navigator : Zamzuri bin Jinuddin
Sweaper : Shahril bin Samzainal
: Mohd Zazreel
Logistik : Norazlan bin Haji Kudin
: Sidang Sharif bin Suboh
: Penghulu Mohd Azizan bin Daud
Quatermaster : Faizal bin Mohd Yusof
Helpers : Sulaiman bin Othman
: Zakaria bin Abu Bakar
: Mohd Halis bin Datuk Wira Abd Ghafaar
: Hamidon bin Sabi
Publisiti/Rekabentuk : Farid bin Aziz

PERANCANGAN PERJALANAN

Hari Pertama : 19 Julai 2014 (Sabtu) / 2200h-033

BIL
MASA
LOKASI

1
10.00 pm
Pelancaran Ziarah Sahur Parlimen Alor Gajah di Pejabat UMNO AG , Selandar
2
10.30 pm
Pelepasan peserta konvoi
3
11.00 pm
(1) UMNO Cawangan Batang Melaka ( 2 Penerima Bantuan)
4
11.30 pm
(2) UMNO Cawangan Batang Melaka Jaya ( 2 Penerima bantuan )
5
12.00 am
(3) UMNO Cawangan Jus ( 2 Penerima Bantuan)
6
12.30 am
(4) UMNO Cawangan Bukit Senggeh ( 2 Penerima Bantuan)
7
1.00 am
(5) UMNO Cawangan Bukit Senggeh Barat ( 2 Penerima Bantuan)
8
1.30 am
(6) UMNO Cawangan Selandar Jaya ( 2 Penerima Bantuan)
9
2.00 am
(7) UMNO Cawangan Selandar ( 2 Penerima Bantuan)
10
2.30 am
(8) UMNO Cawangan Desa Mesra Perdana ( 2 Penerima Bantuan)
11
3.00 am
(9) UMNO Cawangan Bukit Sedanan ( 2 Penerima Bantuan)
12
3.30 am
Jamuan Bersahur

Hari Pertama : 20 Julai 2014 (Ahad) / 2300h-0430h

BIL
MASA
LOKASI

1
11.00 pm
Berkumpul di pejabat UMNO Bahagian Alor Gajah , Selandar
2
11.30 pm
(1) UMNO Cawangan Gapis ( 2 Penerima Bantuan)
3
12.00 am
(2) UMNO Cawangan Mantai ( 2 Penerima Bantuan)
4
12.30 am
(3) UMNO Cawangan Nyalas ( 2 Penerima Bantuan)
5
1.00 am
(4) UMNO Cawangan Felda Bukit Senggeh ( 2 Penerima Bantuan)
6
1.30 am
(5) UMNO Cawangan Felda Bukit Senggeh Jaya ( 2 Penerima Bantuan)
7
2.00 am
(6) UMNO Cawangan Felda Bukit Senggeh Bakti ( 2 Penerima Bantuan)
8
2.30 am
(7) UMNO Cawangan Gubah ( 2 Penerima Bantuan)
9
3.00 am
(8) UMNO Cawangan Masjid Baru ( 2 Penerima Bantuan)
10
3.30 am
(9) UMNO Cawangan Pondok Batang/Abbey ( 2 Penerima Bantuan)
11
4.00 am
(10) UMNO Cawangan Relau ( 2 Penerima Bantuan)
12
4.30 am
(11) UMNO Cawangan Asahan ( 2 Penerima Bantuan)
13
5.00 am
Jamuan Bersahur

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »