Sekolah Tinggi Melaka Tetap Kekal Disitu....


Isu yang sedang hebat diperkatakan di negeri Melaka sekarang tentunya isu pemindahan Sekolah Tinggi Melaka atau Melaka High School ke tapak yang baru.

Pelbagai pihak telah membantah sekiranya Sekolah Tinggi Melaka @ High School ini dipindahkan dan tapak lama sekolah ini dirobohkan. Sehinggakan ada cadangan untuk mereka berkumpul dan berarak untuk menyerahkan memorandum bantahan kepada pengarah pendidikan negeri Melaka.

Ketua Menteri Melaka, YAB Datuk Seri Ir Hj. Idris Bin Haron telahpun menafikan dengan sekeras-kerasnya isu ini dan menyatakan yang pentadbiran beliau sama sekali tidak pernah ada perancangan untuk membangunkan tapak sekolah tersebut cuma berhasrat untuk menaik taraf semua bangunan tersebut selaras dengan pengiktirafan bangunan tersebut sebagai tapak warisan UNESCO

 


Sementara itu, Pengarah Pendidikan Negeri Melaka Rashid Hussin juga turut membuat kenyataan media yang Sekolah Tinggi Melaka @ High School tidak akan dipindahkan sepertimana yang digembar-gemburkan. " SMK Tinggi Melaka akan dikekalkan ditapak asal kerana berada dalam tapak warisan dunia dan diiktiraf oleh UNESCO. Oleh itu kerajaan negeri hanya akan menaik taraf bangunan sekolah itu dan bukannya memindahkan bangunan sekolah itu" katanya pada sidang media tersebut.



Share this

Related Posts

Previous
Next Post »