Semangat Baru, Azam Baru... Biar Jadi Wira Tak Didendang.... Jangan Jadi Pengecut Berselindung Dibalik Jawatan....


Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera.....

Pohon ampun dan maaf kepada semua pembaca Melaka Insider kerana begitu lama jebat menyepikan diri... juga jutaan terima kasih kepada semua yang masih mengikuti perkembangan blog Melaka Insider ini.

Hari ini apabila jebat telah tidak lagi terikat dengan mana-mana orang atau jabatan atau ringkasnya kontrak jebat telahpun ditamatkan maka jebat akan berusaha untuk mengemudi semula Melaka Insider ini. Apa yang jebat boleh nyatakan yang jebat telah mempunyai beberapa perancangan bagi blog Melaka Insider ini dengan beberapa penambah-baikkan. Jebat amat berharap agar semua pembaca Melaka Insider akan terus memberi sokongan kepada Melaka Insider.

Jebat juga membuka ruang ini kepada para-para usahawan terutama di Negeri Melaka untuk memperkenalkan perniagaan anda di dalam Melaka Insider. Hubungi jebat jika berminat dan In Syaa Allah Melaka Insider akan cuba membantu. Seperkara lagi Melaka Insider akan terus menjadi Blog Ilmiah, membantu Kerajaan dan UMNO dengan artikel-artikel yang berfaedah dan berfakta. Menegur dengan cara yang berhemah dalam setiap artikel kami.

Akhir kata sebarang komen atau teguran mahupun cadangan boleh emailkan kepada:

atau like FB laksamanajebat:


Semoga bertemu di lain artikel.....

Laksamana Jebat

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »