Ketua UMNO Cawangan Letak Jawatan Selepas Tugas Hakiki Ditamatkan Kontrak?


Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera....

Semoga semua pembaca Melaka Insider berada dalam kesejahteraan dan dilindungi Allah SWT....

Baru-baru ini jebat mendapat berita dari seorang rakan blogger yang mengatakan salah seorang Ketua UMNO Cawangan di dalam satu DUN di Negeri Melaka telah meletakkan jawatan. Menurut blog tersebut, perletakan jawatan KC itu adalah berpunca dari penamatan kontrak beliau sebagai pegawai di sebuah PBT di Negeri Melaka ini. Penamatan kontrak itu katanya kerana Mantan KC ini tidak mencapai Indeks KPI seperti yang ditetapkan.
Berita lanjut DI SINI 

Jebat merasakan yang mantan KC ini membuat satu tindakan yang baik demi mengelakkan isu-isu yang mungkin timbul dikemudian hari akibat dari status mantan KC ini yang tidak mempunyai pekerjaan tetap. Melalui beberapa soal selidik yang jebat lakukan, mantan KC ini merupakan pemimpin yang disegani dan disayangi oleh ahli-ahli cawangan beliau termasuklah golongan muda. 

Jebat mengharapkan agar Mantan KC ini diberi kekuatan oleh Allah dan dikurniakan rezeki dari sumber yang lain. Semoga Mantan KC ini dapat meneruskan perjuangan dalam UMNO walaupun jebat diberitahu yang Mantan KC ini telah menghadapi pelbagai dugaan dan ujian dalam berjuang untuk Parti UMNO di peringkat cawangan mahupun bahagian. Mungkin pihak kepimpinan atasan mempunyai beberapa alasan yang kukuh untuk tidak menyambung kontrak perkhidmatan beliau lagi. Jebat hanya mahu agar isu ini dapat diselesaikan dengan cara yang baik kerana beliau juga telah berjasa dalam parti dan mungkin jasa beliau tidak sebesar mana dan jebat juga difahamkan yang beliau seorang pemimpin cawangan yang aktif dan rajin dalam menjalankan kerja-kerja parti.

Sebagai orang yang pernah ditamatkan kontrak pada masa dan ketika betul-betul memerlukan pekerjaan dan duit, jebat amat faham situasi yang beliau alami apatah lagi khabarnya beliau sudahpun berusia 52 tahun dan tentu amat sukar untuk mendapatkan pekerjaan lain.

Apa yang mampu jebat lakukan dan jebat mohon semua pembaca Melaka Insider untuk sama-sama berdoa agar beliau diberi kekuatan dan semangat oleh Allah SWT untuk terus berjuang demi Parti Keramat UMNO yang kita sayangi ini.

Sekian, Wallahualam.

Salam Hormat,



Share this

Related Posts

Previous
Next Post »