Datuk Nur Azmi Ahmad, Satu Wawasan Untuk Kecemerlangan Sukan Hoki Negara Siri 2

Assalamualaikum WBT, Salam Sejahtera

Hari ini merupakan hari yang dinanti-nanti oleh ahli gabungan Persekutuan Konfiderasi Hoki Malaysia (MHC) bilamana mereka akan mengundi untuk barisan Exco baharu sessi 2015-2018 pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) bandan induk itu.

Umum mengetahui yang Naib Presiden Kanan MHC, YBhg. Datuk Nur Azmi  Ahmad akan bertanding jawatan Timbalan Presiden MHC pada pemilihan kali ini.


Menyingkap kembali pertemuan jebat dengan Datuk Nur Azmi, seperti yang jebat siarkan pada artikel yang pertama dahulu, Datuk Nur Azmi amat menitik beratkan pembangunan sukan hoki di peringkat akar umbi lagi. Ini menjadi visi dan misi utama beliau sekiranya beliau terpilih untuk menjadi timbalan presiden MHC.

Sebab itulah beliau dengan berani mengeluarkan kenyataan sedia berundur dari MHC sekiranya gagal tetapi dengan syarat yang lawanya itu boleh membantu setiap ahli gabungan MHC menyediakan peruntukan untuk Program Pembangunan Hoki Negeri. Berita selanjutnya sila baca DI SINI.

Datuk Nur Azmi juga menyeru kepada semua syarikat-syarikat yang ada di Malaysia untuk memberikan tajaan dan sumbangan kepada MHC dan beliau berjanji yang mereka akan mendapat pulangan yang setimpal dengan apa yang mereka laburkan kepada MHC.

Sekali lagi jebat menyeru kepada semua ahli gabungan MHC yang akan memilih pada hari ini untuk memberi peluang kepada Datuk Nur Azmi memenangi jawatan Timbalan Presiden untuk memberi peluang dan ruang kepada beliau bagi memaju dan menjayakan lagi Sukan Hoki di negara kita ini.

Sekian

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »