Zeti nafi segala tuduhan terhadap beliau

KUALA LUMPUR: Gabenor Bank Negara Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz menafikan segala tuduhan yang dilontar terhadap beliau dan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang terlibat.

"Tidak benar terhadap saya dan bank (Bank Negara). Banyak tuduhan ini dibuat daripada orang yang tidak dedahkan identiti."

Kami akan siasat siapa mereka dan mengambil tindakan undang undang, kami tidak tahu siapa mereka, Kami tahu sedikit tentang mereka namun mereka tidak mendedahkan identiti," katanya pada sidang media pengumuman prestasi ekonomi suku kedua.

Sebelum ini, blog The Recounter mepaparkan tuduhan terhadap Zeti antaranya salah guna kuasa dalam cadangan pengambilalihan Southern Bank oleh CIMB.

Selain itu, ahli keluarga beliau turut didakwa menerima kontrak kerajaan melalui cara tidak beretika.

Beliau juga dituduh berkomplot dengan beberapa pegawai bank pusat dalam usaha menjatuhkan Perdana Menteri.

Sumber: Astro Awani 

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »