Kaji Semula Kaedah Pengambilan PATI Melalui MyEG


KUALA LUMPUR:Kerajaan dan pihak yang berperanan dalam proses pengambilan pekerja pendatang asing disaran mempertimbangkan cara pengurusan menerusi atas talian yang kelihatan seperti satu tindakan yang merugikan.
Menerusi catatan penulis blog Parpukari.blogspot.com telah menimbulkan persoalan mengenai tindakan pemberian pengurusan pendatang asing oleh MYEG yang kelihatan seolah-olah kini berupaya menghalalkan kehadiran pendatang asing (PATI) untuk tinggal di sini tanpa permit dengan lebih terbuka.
Tulisnya lagi, dikhabarkan bahawa surat pelantikan urusan tersebut sudah dikeluarkan kepada syarikat berkenaan untuk menghalalkan pendatang tanpa izin untuk berkerja di sini.
Tegasnya, pihak berkuasa yang bertanggungjawab perlu menyedari bahawa dianggarkan sekitar satu juta PATI tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah.
“Jika begini gayanya, disebabkan sesetengah syarikat ingin mendapatkan untung maka semua pendatang yang sudah lama mencari makan di sini akan jadi halal begitu sahaja?,” tulisnya.
Tambahnya pendekatan itu jika digalakkan akan mendorong kemasukan lebih ramai pendatang dan menggunakan langkah itu menjadikan pendatang asing memperolehinya sebagai tiket mendapatkan tawaran untuk menjadi ‘halal’ dengan kos yang lebih murah.
“Ini soal keselamatan negara bukan benda main-main ni. Takkan kita nak halalkan mereka macam itu begitu sahaja?,” tulisnya lagi.
Ujarnya pihak Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) seharusnya bertindak memberkas PATI dan menghantar mereka semula ke negara asal dan bukan sebaliknya menghalalkan kedatangan mereka.
Tambahnya lagi, apakah dengan kelonggaran itu akan dapat membantu kerajaan menjimatkan kos penghantaran PATI ke negara asal.
Parpukari turut mengajukan persoalan buat Menteri Sumber Manusia dan pihak Jabatan Imigresen Malaysia (JIM)  mengenai keberkesanan cara tersebut akan dapat atasi masalah pendatang haram.
“Bukankah lebih baik sekiranya adakan operasi dan tangkap mereka ni semua dan hantar mereka pulang, kemudian ambik yang baru dari sana yang berdaftar dan masuk dengan cara yang betul,” katanya lagi.
Manfaat daripada pendekatan ini juga katanya masih belum jelas malah apa saja alsaan yang diberikan tidak sepatutnya menerusi langkah tersebut yang kelihatan hanya menguntungkan satu pihak sahaja.
Kerajaan juga digesa supaya meneliti pelaksanaan program ini bagi memastikan kemasukan PATI terkawal.
Tambahnya lagi, sedar ataupun tidak Bandaraya Kuala Lumpur kini dibanjiri oleh PATI dan seolah-olah berada di luar negara.
“Kalau kita periksa kebanyakan mereka ni kosong dan tidak ada dokumen. Bukan saja bangla malah bangsa lain pun banyak, Myanmar, Indonesia dan ramai lagi.
Program ini juga katanya memberi kelebihan kepada pendatang asing majikan mereka sendiri ternyata memberikan layanan yang cukup Istimewa.
Penulis turut memberi saranan supaya pihak bertanggungjawab seperti Menteri Dalam Negeri Dato Seri Zahid Hamidi, Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Richard Riot Jaem serta Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali dan JIM menghentikan tindakan berkenaan dan orang ramai juga disaran menyuarakan pendapat mengenai isu berkenaan.

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »