Pidato Piala Presiden UMNO..... Satu Kesinambungan...

 


EN. Mustafa Bin Musa
Juara Pidato Piala Presiden UMNO 2014


#PidatoPialaPresidenUMNO

Pertandingan Pidato Piala Presiden UMNO akan diteruskan untuk tahun yang kedua. Seperti yang semua sedia maklum pertandingan ini dianjurkan bagi mencari pelapis-pelapis yang akan menerajui jentera parti yang kita sayangi ini bagi menghadapi pilihanraya yang akan datang.


 

Seramai lebih 500 orang peserta dijangka akan menyertai pertandingan ini yang akan dibuat mengikut zon dan pertandingan akhir akan dijadualkan akan berlansung pada 08 Disember 2015 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.


Ketua Penerangan UMNO Malaysia yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri, YB Datuk Hj. Ahmad Maslan menjelaskan yang pertandingan kali ini ada sedikit kelainan apabila semua perserta dibenarkan untuk menggunakan alat bantuan atau multimedia ketika mereka berpidato.

"Mereka yang terpilih akan membantu parti untuk menerangkan dasar dan tindakan kerajaan Barisan Nasional (BN) terutama UMNO terus kepada akar umbi. Ini akan menjadi latihan untuk menjawab segala isu terutama pada pilihanraya umum yang akan datang"

Untuk Maklumat Lanjut Sila Layari Laman Facebook:
Pidato Piala Presiden UMNO






Share this

Related Posts

Previous
Next Post »