Alhamdulillah... Waibi Budi Dan Kak Mas Menang Besar di PRK Sungai Besar & PRK Kuala Kangsar #KekalBN




Alhamdulillah... Kemenangan bergaya... Tahniah!!
Ramai yang memuji dan memang patut mereka yang telah berjuang menerima pujian!!
Dalam keriangan meraikan sedikit pandangan dari jebat...
Rakyat serta Pengundi dari
1. PRN Sarawak
2. PRK Sungai Besar
3. PRK Kuala Kangsar
Telah bersuara dan membuat pilihan...
Dan kepada:
Ahli-Ahli UMNO
- Kuatkan perpaduan dan kembali bersatu dan bekerja bersama YAB Presiden untuk memantapkan parti demi menghadapi PRU yang semakin hampir. Jangan lagi ada rasa sangsi. Teruskan menyokong kepimpinan yang ada sekarang kerana sudah terbukti yang rakyat masih dan sentiasa mempercayai dan menaruh harapan kepada kerajaan Barisan Nasionalyang ditunjangi oleh UMNO dan Parti-Parti Komponen yang lain.
- Kepada pemimpin-pemimpin atasan, tolonglah kembali semula kelandasan perjuangan parti, jangan ada perbalahan lagi.. kembalilah menyusun perjuangan parti bersama-sama YAB Presiden. Cabaran sebenar akan tiba pada PRU yang akan datang. Percayalah sekiranya pimpinan di atas bersatu dan bekerjasama, ahli-ahli bawahan tidak akan teragak-agak untuk sama-sama berjuang mempertahankan parti dan negara seperti mana yang telah mereka tunjukkan pada PRN dan PRK ini.

Tahniah WAIBI BUDI, Tahniah KAK MAS!!

Setinggi-tinggi Tahniah dan Sejuta penghargaan buat semua petugas yang bertungkus-lumus secara langsung atau secara persendirian. Anda semua wira yang tidak didendang. Kesetian, Semangat, Pengorbanan dan Kekuatan anda semua menjadi pemangkin kepada kemenangan Barisan Nasional ini.
‪#‎Salute‬
dan yang paling utama...
Jutaan terima kasih yang tak terhingga kepada seluruh rakyat dan pengundi yang terus memberikan kepercayaan dan mandat kepada Kerajaan Barisan Nasional untuk terus memberikan perkhidmatan.
Teruskan berkerja dan berusaha! Semoga Allah terus memberkati perjuangan kita.
Dengan penuh rasa kesyukuran,
Laksamana Jebat
18/06/2016

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »