Jangan terbawa-bawa dengan kemenangan – Najib



Biarpun mencipta kejutan besar dalam dua pilihan raya kecil semalam, namun Barisan Nasional (BN) enggan mendabik dada.
Malah Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan seluruh jenteranya supaya tidak terbawa-bawa dengan kemenangan tersebut disebabkan matlamat utama mereka adalah menang dalam pilihan raya umum.
“Jangan terbawa-bawa dengan kemenangan ini, bawa sikap rendah diri dan dekati rakyat, kalau kita pegang kepada prinsip ini insya-Allah sokongan akan bertambah.
“Selepas kita terima keputusan ini, kita perlu memperhalusi dan buat analisa mendalam tentang keputusan daripada rakyat di Kuala Kangsar dan Sungai Besar,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhar selepas Majlis Penyerahan Kunci Rumah Kekal Mangsa Banjir di Tapak Maju Ternak, Kampung Staponal, Batu Jong di sini hari ini.
Perdana Menteri berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kemenangan besar BN dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar semalam. – UTUSAN ONLINE

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »