Menjelang PRU 14, Melaka Cadang Tambah Kerusi DUN - YAB Datuk Seri Ir. Hj. Idris Bin Haron



Oleh : Fuad Ramdan - Melaka Hari Ini

Ayer Keroh 19 Jun - Melaka bercadang untuk menambah jumlah kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) menjelang pilihanraya Umum Ke-14 (PRU-14).

Pengerusi Barisan Nasional Negeri, Datik Seri Ir. Hj. Idris Haron berkata, penambahan kerusi tersebut akan dilaksanakan seperti diarahkan Presiden UMNO, YAB Datu Seri Utama Mohd Najib Tun Razak.

Beliau berkata penambahan kerusi DUN tersebut akan melibatkan penambahan di peringkat DUN sahaja manakala enam kerusi Parlimen sedia ada akan dikekalkan.

"Bagaimanapun penambahan kerusi DUN tersebutakan dilaksanakan selepas kajian mendalam dilakukan" katanya.


Beliau berkata demikian pada Majlis Berbuka Puasa bersama Pemimpin-Pemimpin Masyarakat Negeri Melaka di Seri Bendahara, malam khamis lalu.

Hadir sama, isteri Idris, Datin Seri Fadillah Abdullah, Ketua UMNO Bahagian Jasin, Datuk Wira Ahmad Hamzah, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Masjid Tanah, Datuk Talib Bachek dan kira-kira 700 ahli UMNo Bahagian Masjid Tanah dan Jasin.

Tambah Idris, sokongan ahli-ahli amat diperlukan dalam menjayakan rancangan terbabit. "Untuk tambah beberapa kerusi di peringkat parlimen merupakan risiko tinggi.Namun dengan sokongan ahli-ahli UMNO, ia mampu dilaksanakan untuk terus membuktikan yang UMNO adalah parti relevan untuk rakyat.

Melaka Hari Ini

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »