Story From The Historic City

Story From The Historic City

Pilih rakan atau semangat berpasukan?

PEMECATAN Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir dari UMNO bukanlah suatu yang luar biasa.

Ia berlaku dalam parti politik dunia ‘apabila nombor giliran sudah naik’.

Dalam negara ini, Menteri Besar Selangor suatu ketika, Datuk Harun Idris terpaksa melepaskan jawatan politiknya dan dipenjara kerana krisis Bank Rakyat pada 1976.

Selepas penggal pentadbiran Tun Abdul Razak, beberapa pe­mimpin kanan meninggalkan parti kerana tidak sehaluan. Hatta, Tun Dr. Mahathir Mohamad pun pernah menghadapinya apabila Tunku Abdul Rahman memecat beliau kerana berkongsi pentas dengan pembangkang (1969).

‘Nombor giliran’ Datuk Onn Jaafar selaku pengasas UMNO pun pernah naik apabila dituduh pengkhianat sebelum keluar parti dan dipecat kerana ingin mengundang kaum-kaum lain menyertai parti.

Di alaf ini, tidak ketinggalan Tun Ghafar Baba, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tan Sri Mohd Isa Samad serta Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Ramai menyuarakan, antara punca terbitnya insiden pemeca­tan oleh Majlis Tertinggi (MT) Jumaat lalu kerana khuatir kedudukan mereka akan tercabar pada pemilihan UMNO akan datang.

Berkongsi perkara itu, Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Idris Haron menarik perhatian setiap kali menjelang pemilihan parti, akan ada suatu gerakan oleh kumpulan tertentu yang menidakkan kepimpinan.

“Ini sehingga ke tahap mendorong segala ‘urusan’ parti didedahkan kepada masyarakat umum dengan menggunakan fungsi dan peranan di dalam kerajaan untuk mencapai apa yang dihajatkan. 

“Ini tidak terkecuali berlaku di era Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak,” kata Ketua Menteri Melaka itu kepada Utusan Malaysia selepas mesyuarat MT tempoh hari. 

UMNO, kata Idris, dalam berdepan cabaran cukup getir dari pembangkang sepatutnya merapatkan barisan dan mencari titik persamaan. 

Pemilihan parti sebelum ini pun suatu proses yang cukup terbuka apabila presiden boleh dicabar dengan hanya pencalonan cukup mudah daripada mana-mana cawangan dan bahagian.

“Presiden parti tidak lagi diberi keistimewaan sistem kuota yang dilihat melindungi pre­siden. Jawatan itu boleh dicabar sewenang-wenangnya.

“Tetapi malangnya kumpulan terbabit tidak gunakan kesempatan ini tetapi cuma menuruti. Mereka ki­ni lupa proses itulah yang telah me­remajakan demokrasi namun ti­ba-tiba menidakkan pula kuasa perlembagaan parti dengan mengusulkan pemilihan parti disegerakan,” katanya. 

Tegas Idris, andai dalam diri mereka yang menentang ke­pimpinan dalam kadar 50-50 co­ngakannya dan tidak solid, lebih baik parti ditinggalkan.

“Parti akan hadapi PRU-14, tiada istilah dalam kamus kepartian saya sokong parti tapi tak sokong pre­siden,” katanya. 

Sebagai ahli UMNO, ahli mesti bersatu hati dan patuh kepada ke­pimpinan.

“Umpama bahtera yang berlayar, kalau dilubangkan, air akan meresap masuk dan menenggelamkan anak kapal (ahli parti).

“Pemecatan ini berupa teori anatomi...kalau alami kesakitan yang teramat, kita terpaksa potong bahagian anggota itu, bisa kesakitan akan hilang,” katanya. UTUSAN ONLINE

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »