Malaysia Destinasi Pelancongan Islam Paling Popular - Mas Ermieyati



ALOR GAJAH, 26 Julai (Bernama) -- Kajian sebuah portal pelancongan Islam, CrescentRating pada tahun lepas menunjukkan Malaysia kekal di tempat pertama destinasi pelancongan Islam paling popular dalam kalangan pelancong Islam di dunia.


Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan (MOTAC) Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata berdasarkan kajian berkenaan, Malaysia berjaya mengekalkan kedudukan destinasi pelancongan Islam popular selama enam tahun berturut-turut.

Katanya banyak faktor menyebabkan Malaysia dikenali dan gemar dikunjungi pelancong pelbagai negara termasuk negara bukan Islam antaranya perkhidmatan mesra muslim seperti surau, sejadah dan tanda arah kiblat di hotel serta tempat awam.....


BERNAMA

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »