WAJIB BACA!! MU menang kerana guna pemain yang berpindah tanpa guna saluran yang betul?



AYER KEROH: Melaka United (MU) menyangkal dakwaan Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA) berhubung isu perpindahan dua pemain FELDA United ke pasukan itu yang dikatakan tidak mengikut saluran ditetapkan. 

Presidennya, Datuk Seri Idris Haron, berkata dakwaan berkenaan bercanggah dengan keputusan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang membenarkan MU beraksi pada setiap kali perlawanan. 

"Kita dah ikut semua peraturan (FAM), sebab itu kita boleh main. Mereka (KLFA) cakap itu cuma mahu psiko kita supaya semangat lemah, tetapi akhirnya kita menang (ke atas KL). 

"Apa pun, kita dah ikut semua peraturan, kita tidak boleh turunkan pemain kalau tak ikut peraturan. Peraturan FAM sudah cukup kukuh untuk mengizinkan MU menurunkan pemain dan kita beraksi dengan pemain itu serta berjaya menewaskan KL dengan jaringan 2-1," katanya selepas perhimpunan bulanan anjuran Polis Diraja Malaysia (PDRM) negeri di Dewan Seri Negeri, di sini, hari ini. 

Idris mengulas kenyataan media Presiden KLFA, Datuk Seri Adnan Md Ikhsan, kelmarin yang terkilan dengan perpindahan dua pemain FELDA United, Muhammad Ferris Danial dan Ahmad Ezrie Shafizie ke MU yang dikatakan tidak mendapat kebenaran KLFA. 

Ini kerana, FELDA United adalah badan gabungan KLFA dan tiada sebarang surat atau Sijil Perpindahan Antara Negeri (SPN) dikeluarkan kepada kedua pemain berkenaan. 

KLFA juga mendakwa, sudah menyatakan perkara itu kepada kedua pemain terbabit, termasuk pihak pengurusan MU menerusi surat bertarikh 29 Jun lalu. 

FELDA United juga didakwa perlu menghormati badan induk terlebih dulu dan tidak melepaskan pemain kepada persatuan lain. 

Selain itu, KLFA turut meminta MU memahami kedudukan sebenar FELDA United sebagai badan gabungan KLFA dan sebarang urusan yang berkaitan pemain harus merujuk kepada persatuan berkenaan. 

Sabtu lalu, MU berjaya membenam KL dalam aksi Liga Perdana di Stadium Majlis Perbandaran Selayang dengan jaringan 2-1 sekali gus kembali merampas takhta liga daripada JDT II dengan mengutip 30 mata hasil sembilan kemenangan dan tiga kali seri daripada 13 aksi setakat ini.




Share this

Related Posts

Previous
Next Post »