Puteri UMNO Kota Melaka Kemuka Usul Keahlian Automatik dan Menaikkan Had Umur Keahlian Puteri


Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Kota Melaka yang bersidang semalam telah sebulat suara untuk untuk membawa usul "Menaikkan Had Usia Keahlian Puteri UMNO dari 35 Tahun ke 40 Tahun" serta Ahli Puteri Yang Berusia 18 - 35 Tahun Dijadikan Ahli Puteri UMNO Secara Automatik".



Ketuanya Haryaty Hamdzah menjelaskan yang sasaran Puteri UMNO Malaysia untuk mendapat keahlian seramai 500,000 orang ahli dan keahlian Puteri UMNO yang ada sekarang adalah seramai 380,000 orang ahli. Jumlah ini boleh dicapai dengan kerja keras semua ahli dari peringkat atas hinggalah ke peringkat akar umbi dan yang lebih penting beliau mengharapkan agar usul ini boleh didengari dan diterima diperingkat tertinggi Parti UMNO.

Beliau turut menyatakan yang Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Kota Melaka mengambil pendekatan untuk menyokong Pindaan Rang Undang-Undang Akta 355. Pindaan ini berkaitan had jumlah hukuman yg boleh di jatuhkan di Mahkamah Syariah Negeri yang telah begitu lama tidak dipertingkatkan. kali terakhir akta ini dipinda adalah pada tahun 1984 iaitu 32 tahun yang lalu. "Akta ini perlu diperkasakan untuk sekurang-kurangnya memberi pembelaan kepada golongan Wanita Muda", ujar beliau.



Ianya juga merupakan satu mesej yang ingin disampaikan kepada Ahli-Ahli Parlimen Barisan Nasional dan juga mana-mana Ahli Parlimen yang beragama Islam agar dapat menyokong pndaan akta ini kerana ianya baik untuk rakyat. Haryaty yang juga merupakan Ketua Penerangan Pergerakan Puteri UMNO Malaysia turut menyatakan yang rakyat Malaysia yang bukan beragama Islam tidak perlu takut dengan pindaan akta ini kerana ianya tidak melibatkan mereka yang bukan beragama Islam.

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »