Tahniah!! Arab Saudi tambah kuota haji 20 peratus


Tumpat: Kerajaan Arab Saudi menambah bilangan kuota asal jemaah haji Malaysia sebanyak 20 peratus atau 27,800 orang tahun ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, sebelum ini kuota jemaah haji negara ini seramai 22,320 orang.
Katanya, kuota sebanyak 20 peratus itu dikurangkan sejak lima tahun yang lalu dan kembali kepada asal yang berkuatkuasa tahun ini.
"Kerajaan Malaysia memohon kuota untuk 30,000 jemaah haji, tetapi Arab Saudi memberikan kuota asal kepada kita.
"Kita bersyukur dan berterima kasih kepada Arab Saudi yang menambah kembali kuota jemaah haji negara kita untuk tahun ini," katanya ketika ditemui di Majlis Penyampaian Sumbangan Kepada Masjid dan Surau Terbabit Banjir di Tumpat, hari ini.
Akhbar sebelum ini melaporkan, Arab Saudi menurunkan kuota sebanyak 20 peratus bagi semua negara atas faktor kerja pembesaran Masjidil Haram dan kuota Malaysia dikurangkan kepada 22,320 jemaah sejak 2013 hingga 2016.

Sumber : HARIAN METRO

Share this

Related Posts

Previous
Next Post »